CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Dan Syamsul Sempat Buka Puasa Bersama Sebelum Cerai, Nak Jadi Kawan Baik Demi Anak-Anak

10-4-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25651| Komen: 450

Puteri Sarah Liyana kini lebih tenang selepas dia Syamsul Yusof akhirnya mencapai kata sepakat membawa haluan masing-masing selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, berkata, persetujuan itu dicapai dalam keadaan tenang ketika mereka berjumpa dan berbuka puasa bersama pada Ahad.


"Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah berbincang dan mencapai kata sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan.

"Saya rasa lebih tenang dan boleh fikir meneruskan kehidupan. Selama ini pun saya hanya mahu kes kami selesai," katanya kepada pemberita.

Foto: IG

Puteri Sarah mengulas mengenai perkara itu ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin bagi mendengar keputusan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 24 Mac lalu.


Pertemuan di antara mereka juga menutup semua persoalan berhubung perkahwinan mereka memandangkan Syamsul sebelum ini enggan melafazkah cerai terhadap Puteri Sarah.

Tambah pelakon itu, dia sendiri tidak menyangka hatinya terbuka untuk bertemu dengan suaminya itu dan menyifatkan keberkatan bulan mulia telah membuka hatinya.

"Saya pun tak tahu apa yang membuka hati untuk berjumpa Syamsul semalam. Bagi saya mungkin dengan berjumpa kami boleh selesaikan semua masalah termasuk hal berkaitan penjagaan anak dah nafkah," ujanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menegaskan meskipun sudah bercerai nanti, dia tidak akan bermusuhan dengan Syamsul dan mahu mengekalkan hubungan baik demi dua anak mereka.

Katanya lagi, pada pertemuan itu juga, Syamsul akan menarik balik kes nusyuz yang difailkan terhadapnya pada 21 Mac lalu.

"Syamsul akan tarik semula ke nusyuz. Hal berkaitan hak penjagaan anak pula akan direkodkan dalam sebutan pada 18 April nanti.

"Kami (akan) berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh," jelasnya.

Tambahnya, keluarga kedua-dua belah pihak turut menerima baik keputusan yang dibuat mereka.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand yang berwakil walikan bapanya, aktor Kazar Saisi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 10-4-2023 11:36 AM
Alhamdullillah. Jangan pandang belakang lagi ps. Biarlah sondol dan solident serabut bersama.
Quote codenamedream 10-4-2023 11:38 AM
Alhamdulillah
Moga dipermudahkan untuk PS
Quote Lentera 10-4-2023 11:40 AM
Alhamdulillah.. Good for her
Quote krukx 10-4-2023 11:42 AM
Elok la still berbaik walaupun dh bercerai demi anak2. Jangan nanti Solident jadi gila talak. Ira Gelek selamanya kau akan dilabel sebagai penyondol. Kena usaha lebih utk tambat hati in laws
Quote _blackbird 10-4-2023 11:44 AM
ko pon byk duit kan sol, kalau taknak pening kepala & dilondehkan lagi, bakal bekas bini ko mintak nafkah 5k sebulan, ko bagi je 6.5k sol, ckp je bg lebih upah u jaga anak2 kita ahhgituhhhh. baru ex bini ko tak bitter, tak merempan, malah ko dpt puji2an melambung2 sampai ke bulan lagi. ahhgituhhhh
Quote laksmanabentan 10-4-2023 11:44 AM
wahhhh IK itu tak tu masa berbuka puasa...
takkan tak bawa IK kannn...
Quote ctnorenjoy 10-4-2023 11:47 AM
alhamdulillah... semoga baik2 je utk ps & sol.
Quote honeydowngiler 10-4-2023 11:50 AM
krukx replied at 10-4-2023 11:42 AM
Elok la still berbaik walaupun dh bercerai demi anak2. Jangan nanti Solident jadi gila talak. Ira Ge ...

respect ps profesional demi anak2 wlu apa pun sol tu bapa anak2
Quote QueenIsolde 10-4-2023 11:57 AM
Dah nampak bunga2 akan jadi mcm kes nd-fs..bagus sarah. Mesti irazakar bengkek je lepas ni tgok solhanat duk jumpa sarah utk bincang psal anak2. Sekali jdi penyondol selamanya akan rasa insecure
Quote GummyBear123 10-4-2023 12:11 PM
Shushushu pls learn. Gedik sgt minta nasihat dari PS tentang masalah rumahtangga kan. Belajar mcm mana akhirnya PS berdamai dgn bakal ex husband dan tak memburukkan sol depan anak2.
Quote Shayang 10-4-2023 12:12 PM
Alhamdulillah..
Masing2 malas nk bazirkan duit kat lawyer baik cepat2 je selesaikan.
Hati pun tenang.
Btw jumpa kat mana tu smlm? Umah tok sop ke?
Quote putericahaya999 10-4-2023 12:16 PM
Kes jawi tu gugur tak... baru la gentleman samdol
.... pujila ps sbb segera solve this issue

Kalau tgk samdolllllll bertahun
Quote Gold999 10-4-2023 12:17 PM
Lps ni makan ati la ik...sol n ps jd bff...xtenang la ik as a wife...what u give u get back gituhhhh

Ps lps ni layan je sol elok2...whatsapp tiap2 ari biar melekat fon tu kt tangan sol 24j....ps ada lesen besar nk buat baik ngn sol...hihi...kite tgk ik ni isteri jenis redhooo ke idokkk
Quote rain2169 10-4-2023 12:17 PM
pengakhiran yang baik utk ps and sol... alhamdullillah.
harap hubungan ibu sol and ira pun akan baik juga...
Quote bulanbulat 10-4-2023 12:17 PM
I nak speku lawyer yg bagus.

Emilia and ex pun settle damai kan
Quote 3chanceno 10-4-2023 12:18 PM
Samdol tarik balik pertuduhan nusyuk, jadinya yg tuduh ps curang etc tak benar bagai dikata?

Semuga ada sinar kebahgiaan untuk semua yg terlibat..
Quote Afie13 10-4-2023 12:22 PM
Sedih pulak tengok video diaorg berdua dah boleh jumpa empat mata n ketawa sama2. Hari tu hubungan x ok sampaikan PS tak nak tengok muka sol pun. Semoga PS n anak2 terus bahagia. Sol pun dah ada ira so teruskan je dgn rumahtangga baru tu
Quote rbmy 10-4-2023 12:24 PM
lepas ni netizen ke wartawan ke jgn jadi batu api campur hidup dorang.
kdg sampai menyampai ni la sebab2 hidup mereka tak tenang.

Quote zuliana29 10-4-2023 12:25 PM
alhamdulillah semoga yg baik2 utk dua-dua pihak

Lihat semua komen(450)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107687 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top