Natasha Hudson menarik perhatian ramai memperlihatkan wajah dan tubuhnya disaluti dengan masker. Katanya masker yang digunakan adalah menggunakan tanah liat yang diproses sendiri menjadi bahan kecantikan kulit.
"Terus terang memang saya gemar pakai masker setiap hari. Tahu tak clay mask adalah tanah liat? Ada dekat Malaysia ini. "Saya gemar menerokai benda semula jadi dan herba. Cubalah. Ini adalah ramuan semula jadi yang Allah dah tetapkan untuk kita," katanya. melalui video yang dimuat naik di TikTok. Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Natasha turut berkongsi tutorial untuk menghasilkan masker menggunakan tanah liat yang dikutip di dalam sungai.
Kata Natasha, di dalam sungai terdapat batu berwarna merah dan kuning yang boleh dijadikan masker walaupun ia tidak selembut tanah liat semula jadi. "Kita uli dia (tanah liat) sampai jadi halus. Kalau korang pergi sungai, senang saja nak cari, Kalau sungai itu bersih, korang akan jumpa lumpur leper-leper macam ini. "Kemudian korang cari batu tajam dan gilingkan sehingga hancur, barulah menjadi," jelasnya.
|
dudaberhias replied at 10-4-2023 01:27 PM
betul la tu masker semulajadi... yang kita dok pakai clay mask tu pun di perbuat dari tanah macamtu. ...
dudaberhias replied at 10-4-2023 01:27 PM
betul la tu masker semulajadi... yang kita dok pakai clay mask tu pun di perbuat dari tanah macamtu. ...
kmbg replied at 10-4-2023 01:30 PM
Betul2 asli life dia skrg ni kan kaka Duda..haha
Buritan replied at 10-4-2023 01:31 PM
Ini kot bahagia yg dia cariii.. duk tepi laut.. hidup tenang..
Lavender_Violet replied at 10-4-2023 02:05 PM
Walaupun tanpa anak2 tersayang??
Buritan replied at 10-4-2023 02:18 PM
Kenkadang omputih ni lain sis.. dia rasa anak anak dia boleh survive tanpa dia.
Buritan replied at 10-4-2023 02:18 PM
Kenkadang omputih ni lain sis.. dia rasa anak anak dia boleh survive tanpa dia.
hyie replied at 10-4-2023 04:14 PM
cakap pasal cawat2 ni, iols teringat Mislina pelakon tu, sheols masih jadi gelandangan lagi kah?
ADVERTISEMENT