CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Fuad Je Mengaji, Tom Tak Tak Pandai Sangat"

10-4-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1586| Komen: 5

Fuad Rahman menyentuh hati ramai dengan kelunakan suaranya mengalunkan bacaan al-Quran.

Fuad menjadi perhatian selepas dia bersama isteri, Tom muncul sebagai tetamu dalam progaram Geng Ngaji untuk mengalunkan beberapa baris ayat al-Quran.


Selepas rancangan tersebut disiarkan, Tom memuat naik babak mereka muncul dalam televisyen menerusi TikTok miliknya dengan kapsyen: “Fuad sahaja mengaji. Tom tidak pandai sangat.”

Foto: IG

Rata-rata netizen kagum dan sebak apabila Fuad mengalunkan ayat al-Quran sambil ditemani Tom yang cantik mengenakan telekung berwarna kelabu di sisinya.

“Terbaik. Alhamdulillah. Jadi sebab itulah don’t judge a book by it’s cover (jangan menghakimi sesuatu daripada luaran). Semua ada kelebihan masing-masing,” kata peminat.

“Bergenang air mata saya. Insya-Allah, Tom ada suami untuk bimbing awak. Semoga Allah memberkati rumah tangga kalian berdua,” komen netizen.


“Allah melihat pengakhiran kita. Semoga Fuad dan Tom menjadi hamba Allah yang terpilih. Sayunya,” luah seorang lagi netizen.



Sekadar info, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Pasangan itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan sekitar 2005, namun ikatan tersebut terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Cinta mereka kembali berputik selepas sama-sama terlibat dalam program GV9 tahun lalu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 10-4-2023 11:09 AM
Alhamdulillah...masa fuad dlm jel bljr iqra. Ada bagusnya dh pandai mengaji
Quote nolya 10-4-2023 01:08 PM
Alah...... sekejap no dn pendek sangat ayat yg dibacanya.  Taranumnya ada tapi sebutan Fuad agak ketat.  Boleh laa.  Boleh nanti bimbing Tom mengaji. Yg penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Quote prettyuglybabe 10-4-2023 01:13 PM
tom tak pantang ke? bukan baru gugur ke..
eh.. ok.. bertelekung tak semestinya lepas solat
Quote Lavender_Violet 10-4-2023 01:22 PM
Ntah lah...agak skeptikal dgn kapel ni
Quote dudaberhias 10-4-2023 02:00 PM
apa yang dont judge a book by its cover nyaaa... mengaji je kot... takkan la ko tak reti ngaji kot?

basic ajaran setiap orang yang di lahirkan dalam islam... cuba tanya acik siti kassim... entah2 10 juzuk pun sheols dah hafal... malah lagi sedap dari pu'ak dan tomyam...

si diba aa tu pun reti mengaji walaupun beria heols bubuh tangan kat pipi bagai macam masuk tilawah al quran... walaupun kelaut...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.032065 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top