CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Dan Sarah Akhirnya Bertentang Mata Pada Malam Ahad, Sepakat Pisah Secara Baik -18 April 2023 Lafaz Cerai

10-4-2023 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7409| Komen: 76|Original author: Saiful

Selepas usaha untuk berdamai menemui kegagalan, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya bersepakat untuk bercerai secara baik.

Peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan itu bersemuka pada malam Ahad, beberapa jam sebelum perlu hadir ke mahkamah yang dijadual pada pagi Isnin bertujuan mengetahui keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentuk sebelum ini.


Dalam pertemuan malam Ahad itu, mereka berdua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.

Foto: mStar


Di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin, kedua-dua pasangan tersebut hadir bagi urusan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas yang mendengar kes itu menetapkan 18 April 2023 ini bagi kedua-dua belah pihak merekodkan terma untuk mereka berpisah secara baik.

Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.


Syamsul pada 21 Mac lalu memafailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah iaitu tiga hari sebelum mereka bertemu untuk proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Bagaimanapun pertemuan itu gagal mencapai kata sepakat ekoran Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penceraian.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 10-4-2023 10:59 AM
[twitter]https://twitter.com/jijola/status/1611515740074708993?s=20[/twitter]



Quote anilanil 10-4-2023 11:01 AM
Saman pihak ketiga tetap jalan ke tarik balik?
Quote limesherbet 10-4-2023 11:02 AM
Edited by limesherbet at 10-4-2023 11:07 AM

Elok la tu, mane ade hati dah nak together² after being separated for so long. Sis pun before ex lafaz, kami separated dulu 6 months...tapi dia dtg jugak la rumah checked i most days, jaga i sbb dia sayang....i masak..kami gi jalan. masatu dua² tak rush to divorce in court pun, sbb masing2 bukannye dah nak kahwin lain

Ini kan pula sol yg tak jenguk sarah langsung..lagi la sara takde hati at all.
Quote mizruncing 10-4-2023 11:03 AM
Alhamdulilah akhirnyaaa
Quote ayukpingu 10-4-2023 11:05 AM
bagus la...kau nak gantung lama2 sarah tu pun xda makna sol. dia dh tak hingin ngan kau.
pengakhiran yang baik utk kedua2 nya. Bini no.2 puas hati la tu...
Quote Barebow77 10-4-2023 11:05 AM
Akhirnya..mesti IK tersenyum lebar..Solident milik mutlak..misi seterusnya nak memanjat banglo 6 tingkat umah mertua pulak..gudlak jelah ye..semoga tinmah ngan tokcop sejuk hati..
Quote marchikobonzo 10-4-2023 11:09 AM
Padan la tinpat dok up story sedih2 nak kena lepaskan ps
Quote tompie 10-4-2023 11:17 AM
limesherbet replied at 10-4-2023 11:02 AM
Elok la tu, mane ade hati dah nak together² after being separated for so long. Sis pun before ex la ...

During the 6 months tu, your ex still took care of you and vice versa, takde rasa nak berbaik semula ke?
Mmg dah tak boleh terima ex langsung ke?
As you said, 2-2 tak sibuk nak kawin ke apa, so most likely takde penyondol on both side la..
Ada anak tak, sebab aku rasa kalau takde anak, mmg senang la.. asal rasa takleh hidup bersama je boleh divorce, tapi mcm u ckp, during 6 months tu u gusy still took care of each other, sebab kalau dah nak divorce, kalau aku mmg dah taknak jumpe, dan taknak have anything to do with the other half.
Quote penjarasgbuloh 10-4-2023 11:17 AM
sedih plak...sedih untuk anak2 diorang
Quote Lavender_Violet 10-4-2023 11:22 AM
Ira Kaza melompat keriangan.....
Quote laksmanabentan 10-4-2023 11:31 AM
penyondol always win....
beri tepukan yang gemuruh....
Quote krustykrab 10-4-2023 11:34 AM
MatDeghem replied at 10-4-2023 10:59 AM

Lepas 18 april, solesole akn dihidangkn dgn gelekan maut setiap mlm

Mohon pak mertua join gelek
Quote nw111 10-4-2023 11:38 AM
limesherbet replied at 10-4-2023 11:02 AM
Elok la tu, mane ade hati dah nak together² after being separated for so long. Sis pun before ex la ...

Why cerai kalau sayang lagi...
Quote doubleA 10-4-2023 11:39 AM
Satu kemenangan utk IK degawan dan seluruh keluarga, dpt trophy husb. Peduli apa hati dan anak org lain kan yg penting tengkolok sendiri puas yahooo
Quote beatgirlX 10-4-2023 11:39 AM
Alhamdulillah utk Puteri Sarah.. Skg pun dah nampak dia ceria..lepas ni makin ceria la diaa...
And IK.. All the best laa... Jgn lupa IK &  sol.. Roda itu bulat... Jeng.. Jeng... Jengg...
Quote doubleA 10-4-2023 11:39 AM
PS deserve better. 4-5 tahun tu lama terseksa
Quote missHaidiD 10-4-2023 11:43 AM
Mesti da berangan datin kan taIK
Quote OsHiN_hOnEy 10-4-2023 11:45 AM
ah no wonder lama dia tak update igs
ada pertemuan akhir rupanya
byk dorg discuss agaknya
sedih pula, tak suka tgk org bercerai
semoga yg baik2, kalo ada rasa sayang nanti berbaik lar balik
ada 3 bulan tu utk muhasabah diri masing2

kdg lepas dah jatuh talak tu yg rasa kosong sgt
but PS sebelum di talak pun dah rasa kosong

bila masih bergaduh, amarah tu wipe out semua rasa bahagia
bila dah nak dijatuhkan talak tu, baru semuaa flashback dtg

there is no winner in this
cuma byk hati yg hancur
Quote jiwakacau06 10-4-2023 11:50 AM
missHaidiD replied at 10-4-2023 11:43 AM
Mesti da berangan datin kan taIK

i rsa dia bAkalan jering 2.0...insecure jnda laki...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053418 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top