Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, 38, hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi ini untuk keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang dibuat pada 21 Mac lalu.
Syamsul memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap tiba jam 8.55 pagi dengan diiringi peguamnya, Azmi Mohd Rais. "Jumpa sekejap lagi," katanya seperti dipetik di Harian Metro. Puteri Sarah pula berpakaian putih tiba beberapa minit kemudian sambil ditemani adiknya Puteri Sofea Nadira. "Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya selesai. Kami boleh mengikut haluan masing-masing," katanya. Terdahulu, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang. Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun. -CARI |
Afie13 replied at 10-4-2023 10:42 AM
Lafaz cerai minggu depan 18/4. Semoga dipermudahkan segala urusan sarah n dia berhak pilih bahagia d ...
Sesuatu… replied at 10-4-2023 10:33 AM
Merinding bulu romaku tgk muka ceria PS kt atas. Ada sirna gitchu. Didoakn yg terbaik utk PS anak be ...
cik_ingeniare replied at 10-4-2023 10:44 AM
ngam sebelum raya la ye? semoga ada sinar baru menanti PS dan anak anak
Afie13 replied at 10-4-2023 10:48 AM
Aah sebelum raya. Diaorg dah berbincang n bersetuju utk cerai cara baik. Rasanya sol ada letak sya ...
Afie13 replied at 10-4-2023 10:48 AM
Aah sebelum raya. Diaorg dah berbincang n bersetuju utk cerai cara baik. Rasanya sol ada letak sya ...
orkid_amani replied at 10-4-2023 10:51 AM
Laaa knp xcerai hari ni jaa banyak masa plak nk turun naik mahkamah naaa
ADVERTISEMENT