CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Mahu Tonjolkan Sisi Nakal,"-Pakai Telekung & Baju Dalam Wanita, Iqbal Mohon Maaf

9-4-2023 08:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3962| Komen: 46|Original author: Tatod

Usahawan, pelakon dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil memohon maaf selepas menerima kecaman netizen gara-gara memaparkan dirinya memakai telekung dan baju dalam wanita yang dimuatnaik di media sosial baru-baru ini.

Katanya, dia tidak menyangka tindakannya itu mendapat kecaman warganet biarpun niat asal hanya ingin bergurau.

Sumber Oh My Media

"Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial. Gurauan itu adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga.

"Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika saya ada.

"Apabila membaca lebih 400 komen di TikTok, 100 peratus netizen terhibur, berbeza di Instagram, semakin banyak kecamannya," katanya menerusi hantaran di IG Story.


Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk menghina golongan wanita atau mahu menyerupai wanita.

Dia hanya sekadar ingin orang tahu bahawa dia bukanlah seorang individu yang sepanjang masa serius hingga membuatkan ada yang segan untuk mendekatinya.


"Malah, saya fikir banyak filem drama dan artis lain berjenaka sebegitu.

"Jauh sekali menghina. Tidak pun saya terfikir untuk menyerupai wanita. Apapun, saya minta maaf, tetap saya perlu hormati.

"Tetap memilih untuk padam video tersebut. Sebolehnya, saya mahu tonjolkan sisi nakal dan lucu sebab penat jadi serius setiap waktu," katanya.

Terdahulu, Iqbal berkongsi sepotong video dirinya memakai telekung dan baju dalam merah sambil berseloroh dengan anak angkatnya, Ziyad kononnya ingin menjadi ibu susuan.


Sumber: GEMPAK, IG AHMAD IQBAL ZULKEFLI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rukia2 9-4-2023 08:17 PM
Da lama wujud dlm board gossip, baru harini tau apa product business dia ni.
Quote uori 9-4-2023 08:44 PM
sisi nakal dan lucu? rasanya lebih kepada sisi bodoh  
Quote slyfynx 9-4-2023 08:56 PM
Eh, perlu ke bukak thread makhluk2 lapar perhatian ni
Quote ohsoyaya 9-4-2023 09:18 PM
Sebab yg kt tiktok tu benak dan bodoh mcm kau. 1 spesies. Sbb tu diorg terhibur dgn kebodohan kau
Quote selipar_hijau 9-4-2023 09:25 PM
Aku lagi rela tengok perangai alif syukri dari dia ni
Quote clarizsa 9-4-2023 09:33 PM
Tiba2 ada anak
X pernah nmpk pun produk dia
Sapa je beli nya
Quote nur123 9-4-2023 09:48 PM
clarizsa replied at 9-4-2023 09:33 PM
Tiba2 ada anak
X pernah nmpk pun produk dia
Sapa je beli nya

dia Beli iklan kt radio. radio klasik pun Ada. Beli perfume hadiah handbag. siap cerita pergi Dubai kaji perfume. haha
Quote kukukatablog 9-4-2023 10:53 PM
kakduda x nak komen ka, kami just nak baca komen kakduda ja, mewakili hasrat hati kami...
Quote Carcosa 9-4-2023 10:55 PM
Suka ek org gelakkan dia
Quote navyna 9-4-2023 10:58 PM
Sales ratus ribu sehari, staff 4 org je? Siyes laaa?
Quote annadonna 9-4-2023 11:28 PM
Patutlah buat benda bodoh. Nak introduce produk.
Quote Makjemah0098 10-4-2023 12:46 AM
Jadahnyerrr hahahaha kelkar pun ada
Quote watymuchaz 10-4-2023 01:28 AM
Ingat dah menetap kat indon dah dia ni. Teringat pulak masa dia kat indon tu Tgh hari buta pakai blzer bagai.
Quote dudaberhias 10-4-2023 01:51 AM
muka very the yindu langkasuka... kemain pakai bra dengan telekung padahal memang nak memondan dan drag bagai kan, bukannya bergurau... mesti heshe berangan nak berjemaah kat masjid berterawih pakai telekung dan duduk dekat ruangan pompuan kan??? mesti kempunan je tengok bestie si dato tiada seri bidah dapat pakai kanopi pergi mesjid untuk semaye terawih....


Quote Perawankota 10-4-2023 02:54 AM
Dia cakap apa ni? Sale berjuta, staff 4org je. Anyway, kelmarin akak aku kata dia tertengok mamat ni punya igs. Agaknya dia terpost kot, dia cakap baby yg dia jaga  tu utk content jer.. Dasar…
Quote namieamuro 10-4-2023 03:02 AM
"Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika saya ada."

omg. tak penah lg org yg mmg genuinely kelaka, tak payah try hard melawak, buat stetment begini. mohtip telekung dan bra? ape yg lawak cube disampaikan?

itu menghina namenye. ape yg lawak? bodoh la sape percaye segala chite die ni. naseb baik dlu cobaan die nk gune retis indon sbg konten, dipatahkan begitu aje. bongok.
Quote Lilipelangi 10-4-2023 03:31 AM
..”…Dia bukanlah seorang individu yang sepanjang masa serius hingga membuatkan ada yang segan untuk mendekatinya.“

Lahh, tak perlu kot nak buktikan sampai berpakaian macamtu…Tak kelakar.
Quote Buritan 10-4-2023 04:02 AM
dudaberhias replied at 10-4-2023 01:51 AM
muka very the yindu langkasuka... kemain pakai bra dengan telekung padahal memang nak memondan dan d ...

Kak dude nak tanye.. ayat kak dude tuuu si kebal ni pakai telekung pi sojid Ade pakai bra tak... Satu LG bra tuu dia pakai kat luar ke kat dlm
Quote Buritan 10-4-2023 04:04 AM
Perawankota replied at 10-4-2023 02:54 AM
Dia cakap apa ni? Sale berjuta, staff 4org je. Anyway, kelmarin akak aku kata dia tertengok mamat ni ...

Naya laa bdk tuu.. sape punya anaklaa.. Dunia Dunia.. demi duit sggup buat apee shj

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048673 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top