CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Reda Dengan Takdir Allah' - Yusof Haslam

9-4-2023 05:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6030| Komen: 58|Original author: Tatod

"Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak," kata penerbit, Datuk Yusof Haslam.


Yusof, 63, dihubungi berkata, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail menyerahkan segalanya kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga itu dengan keputusan sudah  dicapai mereka.

"Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah. Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga  ada sebab dengan keputusan dibuatnya.


"Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.


"Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga kehadirannya di mahkamah esok, Yusof berkata beliau tidak akan hadir. Jelasnya, cukup hanya titipan doa semoga semua baik-baik saja sama ada mereka terus bersama atau sebaliknya.


Pada Khamis lalu, Syamsul ditemui media ketika hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai itu yang dijadualkan dibaca di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.

Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 9-4-2023 05:51 PM
Semoga semuaa penderitaan PS berakhir esok
Quote Lolalala 9-4-2023 08:22 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan PS
Quote beatgirlX 9-4-2023 08:25 PM
Semoga kemerdekaan buat Sarah...
Quote menjad 9-4-2023 09:12 PM
Moga ada penyudahnya. Kembali bersama atau berpisah.
Quote Lengkong 9-4-2023 09:15 PM
Sedih jugak baca ni..moga apa sahaja keputusan mendatangkan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak..Aminn
Quote mawardia 9-4-2023 09:39 PM
Kalau JKP ckp xde jln penyelesaian so hakim akan bubarkan perkahwinan they ols esok ke? Atau ada proses lain lg?
Quote _blackbird 9-4-2023 09:50 PM
Harap semua temui bahagia masing dan move on. Timoh pung pang pung pang dtg ke idok esok. Moga timoh pon boleh move on
Quote xAthenax 9-4-2023 09:50 PM
Walaupun bulan puasa terasa macam nak maki hamun jah fake dentures ni
Quote likilu 9-4-2023 10:57 PM
Tintoxic japgi igs macam macam tok
Quote ladybugz 9-4-2023 10:59 PM
scary sbnrnya kisah mereka ni. it shows that walaupun ibu bapa menentang, seorg lelaki masih mampu utk membelakangka  semuanya demi seorg perempuan yg menganggu.  semoga Allah berikan
kebahagiaan dan kejayaan dunia n akhirat buat sarah n paling penting anak2.
Quote scarflicious 10-4-2023 05:31 AM
likilu replied at 9-4-2023 10:57 PM
Tintoxic japgi igs macam macam tok

Yg toxic tu syamsul bukan maknya.
Quote edoraixora 10-4-2023 05:42 AM
Datuk datin mesti rasa berat nk lepaskan
Selama ni hubungan menantu & cucu rapat, kalau dah cerai mesti x dapat nk serapat dulu
Tapi sarah juga berhak bahagia
Quote sukacactus 10-4-2023 05:46 AM
Kalau pasangan tu dah tawar hati, buat apa nak dipaksa2
Semoga diorang berdua temui kebahagiaan masing2
Quote cmf_shya 10-4-2023 05:49 AM
Moga dipermudahkan segalanya semua pihak..sarah berhak utk bahagia..semoga hubungan baik antara sarah dan mertua berkekalan
Quote matjerk 10-4-2023 06:01 AM
scarflicious replied at 10-4-2023 05:31 AM
Yg toxic tu syamsul bukan maknya.

Kan?

Untung jadi sol.. jadi ira.. jadi kazar... punca2 peruntuh rumah tangga.. x pyh kata apa2.. duduk diam2..

Ira n sol mlm2 dpt sedap berjimak.... kazar pun ada lah jugak kot habuan.. ibarat kata2 nya "sabar.. ada ganjarannya"...  

End of the day... yg dikatakan toxic itu... mak samsol?? Wadehek.  
Quote matjerk 10-4-2023 06:04 AM
Family kazar pun ada kes yg Sarah failkan kan...? Bila pulak nak naik turun mkhmh yg tu?

Tak sabar nk tgk kakak dia yg yasminkaza tu.. mesti nanti pakai spec sebesar2 nya kan? Pastu ala2 retis... eh meluat gila aku kat yasminkazar tu.. boleh pulak dia kata PS mcm2.. dasar! Adik hang tu menyondol suami org ko tau x???
Quote QueenIsolde 10-4-2023 06:05 AM
matjerk replied at 10-4-2023 06:01 AM
Kan?

Untung jadi sol.. jadi ira.. jadi kazar... punca2 peruntuh rumah tangga.. x pyh kata apa2..  ...

Dah tu chuols penyondol nak sokong sapa lagi klu bukan penyondol jgk plus laki tak guna
Quote cm_vungtau 10-4-2023 06:20 AM
Nasib baik la ada si Shapik. Kalau tak stop terus legacy Usop Selam kalau mengharapkan Sol aje. Bagus jugak dia keluar dari Skop Production. Omputih kata, it is as if the trash took itself out
Quote epal_putih 10-4-2023 06:37 AM
I harap ps slalu² ya gi umah tok sop dan tintimah. Dok sana pon ok.. haha

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038428 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top