CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu ‘Work Life Balance’, Menyakitkan Tapi Benar – Siti Khadijah

9-4-2023 02:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 975| Komen: 2|Original author: Tatod

Pelakon Siti Khadijah Halim bersetuju dengan pandangan Janna Nick mengenai isu untuk mendapatkan keseimbangan hidup dan kerjaya (work life balance), seseorang perlu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu.


Siti Khadijah, 26, berkata, biarpun terlalu kasar untuk didengar, tapi pandangan dilontarkan Janna merupakan perkara yang benar dan perlu diterima oleh semua pihak.

“Apa yang Janna Nick cakap itu adalah kebenaran yang menyakitkan. Nak tak nak kita kena hadap. Bagi saya untuk capai kesimbangan hidup dan kerjaya kita kena jadi kuli dahulu.


“Bagi saya kita boleh capai kesimbangan itu selepas bekerja keras. Sebelum saya berada di tahap ini saya pernah kena maki, balik lambat, kena campak skrip,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama artis VIU, di Hotel Pavilion, di sini, semalam.


Menafikan tanggapan segelintir netizen yang menyangka kerja selebriti mudah, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata, mereka juga merasakan kepenatan seperti pekerjaan lain.

“Orang nampak artis sentiasa kelihatan cantik dan selalu bersiap tapi mereka tak tahu penat dia macam mana. Bagi saya semua pekerjaan sama penat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Khadijah meminta netizen tidak terus mempertikaikan pandangan yang diberikan pelakon Misteri Mona itu dan memandangnya dari sudut positif.

Sebelum ini, pandangan yang dikemukakan Janna ketika menjadi tetamu program audio siar (podcast) Studio Sembang bersama Amelia Handerson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Dalam pada itu, Siti Khadijah meminta netizen tidak terus mempertikaikan pandangan yang diberikan pelakon Misteri Mona itu dan memandangnya dari sudut positif.

Sebelum ini, pandangan yang dikemukakan Janna ketika menjadi tetamu program audio siar (podcast) Studio Sembang bersama Amelia Handerson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Janna berkata, dia mencapai keseimbangan hidup dan kerjaya selepas mengukuhkan kewangan terlebih dahulu, tidak seperti generasi masa kini.


Sumber: KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nozot 9-4-2023 03:26 PM
Entah tijah..bila budak separuh masak walau dah kertu buka mulut. Its up you benarnya..walau sibuk mana pun ko, walau work hard mana pun ko amiklah masa untuk cuti @ enjoy..tak mahal pun..pergi pantai, hiking ke, makan ke..pengalaman kaka sendiri tengok ramai kawan2 yang kena kanser..& most of them pekerja yang hebat. Yang all out bila bekerja. Insaf kejap. Yess banyak faktor penyebab kanser tapi itulah..Kerjalah kuat tapi in a healthier & happier way. Ambil masa untuk indulge in your life. Be in the moment. Tapi jangan culas masa kerja..semua nak hempuk kat org lain dengan alasan WLB. tu namanya pundek.
Quote airmineral 10-4-2023 08:44 AM
ha..ada bos kt kilang aku dulu
bujang
reta sume ada
hidup mmg keje je.. mmg xde worklife balance
1 hari dgr cite dia warded sbb denggi
terus meninggal ya

jadi, enjoy la life tu dikkk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.035492 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top