CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baju Melayu RM1,499 'Sold Out' 2 Minggu, Tiada Isu Mahal Sebab Ada 'Market' & Pembeli

9-4-2023 01:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5802| Komen: 62|Original author: Tatod

Pereka fesyen duo popular, Rizman Ruzaini tampil menjawab sindiran warganet berhubung harga baju Melayu keluaran mereka yang mencecah RM1,499.

Baju Melayu cekak musang yang menjadikan penyanyi Hael Husaini sebagai model itu bagaimanapun telah habis dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu.



Kata Rizman dan Ruzaini, biarpun dikecam di media sosial, pakaian dengan julat harga premium itu mempunyai peminat dan pasaran tersendiri.

"Apabila bercakap tentang baju mahal ini, pastinya ada pasaran cuma rakyat Malaysia perlu tahu di mana segmentasi mereka.

"Seperti Rizman Ruzaini sendiri, kita ada banyak range. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal dan ada RR by Rizman Ruzaini yang 'sesedap rasa'

"Jadi, mereka boleh pilih di mana mereka nak beli baju. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal.


"Akan tetapi, rangkaian pakaian 'luxe' ini tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.

"Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah," kata Rizman.


Terdahulu, warganet di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga yang dianggap tidak masuk akal oleh segelintir individu namun habis dijual dalam masa singkat.


Sumber: GEMPAK



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 9-4-2023 02:09 PM
Biasa je nmpk baju melayu 1499 tu..
Quote kakigojes 9-4-2023 02:26 PM
Ntah2 stok ada 2 keping je.. gitu speku I, walaupun artikel tulis 500-1000 pasang, tak kira warna lagi, tak kira stok untuk diri sendiri, stok untuk artis dan model yang menggayakan, stok untuk different channel partners.. maaf kalau speku I silap
Quote heythere123 9-4-2023 02:44 PM
halah benda sold out tu kan boleh adjust
Quote cruz2 9-4-2023 02:47 PM
Sold out:
Setiap warna;
1 utk hael,
1 utk rizman
1 utk ruzaini
So, betul la sold out
Quote _blackbird 9-4-2023 05:03 PM
ala.. dlm malaysia bukan semua B40 asnaf pon sampai nak kena beli baju raya RM69.90 kat shoppe free tudung. mmg ada je golongan T20 dan bapok especially yg suka beli baju raya 1k - 3k++ sepasang. 500pc tu tak byk pon, golongan bapok malaysia je lebih dari 50000 org nok....

lain la kalau baju raya singgit wak doyok aritu, ermm mmg tak sold out, semua pembeli sampai kaunter return balik tak jadi beli. ahhgituhhhh
Quote September14 9-4-2023 05:29 PM
Aku rasa x perlu kut letak span kt bahu tu.. nampak buruk laki pakai bju bahu tjongket gitu
Quote Suchi 9-4-2023 05:44 PM
Apa kelebihan baju ni ye? Sbb jenama jela yek?
Tp mmg org kesah ke pakaia baju jenama apa bila raya?
Rasanya asal baju tu nampak cantik org puji laa kadang tu baju tu tak cantik pun tp sbb yg pakai baju tu cantik so auto la baju tu nampak cantik.

Quote totokreturn. 9-4-2023 05:47 PM
laaa dah habis rupanya
Quote che-cikL 9-4-2023 05:49 PM
Sekali songket tu ke nokss? Ke baju seluruh je?
Quote cicicumel 9-4-2023 06:00 PM
Eksklusif tp 1000 psg. Mcm byk je..

Btw menggila kaum Adam membeli skrg ye. Dulu raya, kaum Hawa je targeted customer.
Quote dudaberhias 9-4-2023 06:04 PM
Itu je ke rhoper bajunya. Tapi iols tak terkejut sebab si tokri punya baju lagi mahal.

Cumanya ingatkan ada la sikit2 corak macam songket ke, ni plain gitu jah.
Quote aechae 9-4-2023 06:32 PM
Skang kata sold out…awal tahun dpn muncul blk kata clearance stok plak…diskaun 70%
Quote rayray28 9-4-2023 06:45 PM
Td nampak range baju kurung yg "sesedap rasa" tu..xtau laa plak berapa harganya tp xmungkin laa bawah 100..tp ntahlaa x cantik jahitan belah depan pn x kemas cm berkedut2..hrp ada keronsang signature dia pastu bahu puff..mmg beshe2 betul utk harga sesedap rasa dia tu..if ada gk yg membeli xtau laa..
Quote rayray28 9-4-2023 06:46 PM
Total 500 1000 tu x laa exclusive sgt huhuuuu
Quote LadyCarefree 9-4-2023 07:19 PM
500 to 1000 maksudnya mungkin 50 to 100?
70000 maksudnya 700?
Quote mizzmimi 9-4-2023 07:55 PM
Dengan songket sepasang ke? Ke baju je
Quote caca_eric 9-4-2023 08:02 PM
rayray28 replied at 9-4-2023 06:46 PM
Total 500 1000 tu x laa exclusive sgt huhuuuu

Sikit je tu 500-1000

Org lain buat 1 color 10000
Kalau 5 color 50000
Quote Thunderclouds 9-4-2023 08:03 PM
Aku tuduh sold out sbb ramai beli pakai instalments
Quote Piramida 9-4-2023 08:04 PM
Nampak gambar mcm biasa. Tp ai percaya je yg mahal2 ni mesti guna kain sedap dan mewah. So OK je.

Jgn pulak harga jahudi tp kain panas lah keras lah peluh meleleh lah bla bla. Menipu namanya.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.061573 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top