CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dolla Tak Habis-Habis Kontroversi

9-4-2023 12:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 855| Komen: 0|Original author: Tatod

Bermula isu cuba meniru kumpulan pop sensasi Korea Selatan, Blackpink ketika awal kemunculan, kontroversi terus menghambat Dolla apabila imej seksi menjadi bahan perdebatan dalam media sosial.

Baru hendak menarik nafas lega, Dolla dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby sekali lagi diserang netizen apabila video muzik Look At This iaitu single terbaharu mereka dikatakan cuba mempromosikan simbol illuminati.


Saat diajukan pertanyaan, Dolla kelihatan terpinga-pinga sambil mengakui tidak tahu menahu mengenai simbol dimaksudkan itu.

"Bagaimana simbol sebenar Illuminati? Saya sendiri tak berapa pasti kerana mengikut pemahaman kami 'gaya jari' yang dipaparkan adalah melambangkan mata yang mempunyai alis lentik.

"Gaya jari itu sebahagian koreografi yang disusun oleh pereka tari. Jujurnya, kami tak terfikir langsung yang gerak jari itu melambangkan simbol illuminati seperti didakwa," kata Sabronzo kepada BH Online.


Ditanya apakah tidak bimbang jika dikaitkan mempunyai hubungan dengan pertubuhan rahsia itu, kumpulan yang mula meledak menerusi lagu Dolla Make You Wanna dan Watch Me Glow ini meminta individu yang membuat tuduhan supaya berfikir secara rasional dan tidak terpengaruh dengan teori konspirasi itu.

"Ketika membuat rakaman video muzik, kami memang tak terfikir langsung ia akan dikaitkan dengan isu itu.

"Lagipun, lagu 'straight forward' dan simbol itu sangat berbeza dengan gerak tari yang kami tunjukkan.

"Isyarat jari yang dipaparkan antara koreografi dan ia melambangkan mata dan alis yang lentik.

"Tak perlu hendak rasa bersalah kerana memang tiada ada niat langsung mahu mempromosikan simbol illuminati," tegas Sabronzo.


Hampir tiga tahun berada dalam dunia seni, Dolla bukan sahaja semakin selesa membina nama, malah turut mempunyai peningkatan dari segi kualiti diperlukan sebagai kumpulan penyanyi wanita.

Bagaimanapun, ada juga suara nakal yang mengatakan vokal Dolla masih berada di takuk lama dan perlu diperbaiki.

Mengulasnya, tanpa berselindung, Sabronzo menjelaskan mereka wujud berdasarkan pakej.

"Kami bukanlah sebuah kumpulan bersandarkan kepada vokal semata-mata, tetapi kami jual tarian, imej dan gaya persembahan.

"Namun, kami tidak mengenepikan soal vokal kerana mendapat bimbingan Cikgu Syafie dan nampaknya vokal kami ada peningkatan.

"Aspek lain yang turut diberi penekanan adalah daripada segi komunikasi. Ketika ini, kami lebih yakin berinteraksi dengan peminat atas pentas," katanya.

Sementara itu, kumpulan ini bersikap terbuka jika ada antara anggota mereka mempunyai projek solo.

Malah, Dolla turut memberi sokongan asalkan projek solo tidak mengganggu komitmen terhadap Dolla.

"Biasanya kalau ada antara kami ditawarkan projek solo seperti lakonan, anggota lain akan tahu. Perkara ini tidak akan dirahsiakan.

"Setakat ini, kami diberi kebebasan oleh syarikat pengurusan untuk melakukan projek solo asalkan boleh memberi manfaat kepada Dolla secara keseluruhan.

"Walau apapun, komitmen terhadap Dolla tetap menjadi keutamaan," ujar Sabronzo.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top