CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Takkan Bermadu, Dia Bukan Suami Orang Lagi' - Tash Yong

9-4-2023 12:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6011| Komen: 88|Original author: Tatod

Pelakon Tash Yong, 33, menafikan dia akan hidup 'bermadu' sekiranya sampai jodoh dengan lelaki dikenali, Boss Kay atau nama sebenar Khaireel Azlee Abdul Aziz.

Walaupun selesa tidak membicarakan soal percintaannya buat masa ini, namun Tash tidak menafikan hubungan rapat yang kini terjalin antaranya dan Boss Kay atau popular sebagai TikTok Guru pada kalangan TikToker.



"Kami berkenalan pada hujung tahun lalu dan kini dia adalah lelaki yang memang rapat dengan saya. Tapi, sekiranya sampai jodoh kami, saya tidak perlu bermadu dengan sesiapa.

"Sekarang, status dia (Boss Kay) bukan suami orang. Dia sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya," katanya kepada Harian Metro.

Enggan mengulas lanjut, Tash berkata dia menerima apa sahaja komen yang dilemparkan netizen kepadanya kerana mereka tidak tahu perkara sebenar.

"Kalau nak cerita pun panjang dan akan membuka aib saja. Jadi, terpulanglah nak kata apa (sebab) kerana kami memilih untuk berkongsi 'content' yang ceria, gembira dan positif saja di media sosial.


"Tidak perlu kami mencanang perkara 'dalam kain' yang akan mengaibkan. Platform media sosial ini, kami cuba jadikan untuk berkongsi hal-hal membabitkan urusan kerja seperti promosi produk-produk 'client'," katanya.


Terdahulu, hangat di media sosial mendakwa Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli dikatakan sudah berkahwin dengan Boss Kay sebagai isteri ketiga usahawan itu oleh seorang warga maya.

Ia berikutan, pasangan ini dikatakan sering membuat perkongsian video yang memperlihatkan kemesraan mereka dengan berpelukan di tempat awam.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Tash mengakui dalam proses mengenali hati budi seorang 'teman istimewa' yang semakin rapat dengannya dan belum sedia memperkenalkan lelaki itu.

Bagaimanapun, didapati juga Tash sering berkongsi videonya bersama Boss Kay sama ada di akaun TikTok dan Instagram masing-masing dengan pelbagai aktiviti.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kentot_Wangi 9-4-2023 03:34 PM
Dua2 ekor ak x kenal... Next....
Quote amyhisashi 9-4-2023 07:19 PM
"Sekarang, status dia (Boss Kay) bukan suami orang. Dia sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya," katanya kepada Harian Metro.

Diam la perempuan. Mmg dh cerai tapi anak² orang tu kau x pikir. Punye la akasya tu wassap bapak die, HANYA nak bercakap dgn bapak..rindu seorang anak..tapi si kay tu boleh rijek. Jiwa anak tu dh la lembut. Eii.. Geramm akuu
Quote scarflicious 9-4-2023 07:40 PM
Euwww lelaki mcm ni pun selera
Quote margo20 9-4-2023 07:47 PM
Tunggu kau punya turn pulak
Quote kucing_gebu 9-4-2023 07:53 PM
Hodohnya jantan tu
Quote beatgirlX 9-4-2023 08:38 PM
Dia lupa bumi ni bjlat.. Ngan laki tu skali ada karma yg menanti
Quote cupu 9-4-2023 08:48 PM
Jantan rekod mcm ni pun ko pelahap lg betina...tgu masa jela.
Quote bedahmenjuyah 9-4-2023 08:52 PM
Boss la, madam la... euwww tah hapa2 just nak tunjuk ada biz berjaya. Kaya sgt ke sampai pompuan ni sanggup membimbokan diri.
Quote Coklatpanas 9-4-2023 08:59 PM
Bukan dah kawin ke? Lepas raya ni nk buat resepsi.. Mengikut sumber dari sahabat bosskay
Quote Sachacha 9-4-2023 09:01 PM
Sesuwai la tu..dua² hauk
Quote sleepandream 9-4-2023 09:03 PM
jantan ni berduit kot...
ikut pepatah yg popular masakini... lebih baik menangis dalam ferrari daripada menangis dalam kancil.... hahahhah
Quote VespaSilbe 9-4-2023 09:09 PM
Bini first pun dah serai gak ke
Quote ohsoyaya 9-4-2023 09:10 PM
Muka mcm selipar ni pun ada org nak ea
Quote heythere123 9-4-2023 09:23 PM
sheols tak rasa something wrong ke dah kalau both ex wife ada masalah bila nak cerai.

ke yakin sangat sheols boleh mengubah jantan tu??
Quote heythere123 9-4-2023 09:24 PM
beatgirlX replied at 9-4-2023 08:38 PM
Dia lupa bumi ni bjlat.. Ngan laki tu skali ada karma yg menanti

sheols tak takut ke ek kalau suatu hari nanti giliran sheols pulak yang kena
Quote doubleA 9-4-2023 09:25 PM
Muka jantan macam tenuk, bad history dgn bekas2 bini pun ada pompuan hadap lagi. Ignorance level tinggi ni
Quote dudaberhias 9-4-2023 09:47 PM
macam kelindan lori yang stuck pada zaman era rock 1990an bersama si tomyam dan amy cari...

tu pun selera ye ko nyah... citarasa dan level kau rendah betul... acik porum lagi level tinggi dari kau dan bercitarasa tinggi...
Quote rogayahtop 9-4-2023 09:53 PM
wartawan harian metro mengundang netizen mengurangkan pahala puasa. bawak2 la bersabar memasing.
Quote umbut 9-4-2023 10:06 PM
Kesian ko... dah terdesak sangat nak berlaki.. umur dah nak andartu.. laki tak guna pun ko sapu.. tgu turn ko

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064942 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top