Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi selepas ini. Menurut Jamal, ia disebabkan isterinya sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan semua zuriat mereka.
"Alhamdulillah, dah empat orang cukuplah. Doktor pun nasihatkan dan saya tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan. "Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik," katanya. Terdahulu, Jamal berkongsi berita isterinya akan melahirkan bayi mereka pada 14 April ini. Katanya, isterinya akan melahirkan anak bongsu mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh doktor. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang kini berusia setahun. Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21 dan Ahmad Zaki Yamani, 17. Sumber: GEMPAK |
umbut replied at 9-4-2023 09:31 AM
Tok mal dah bagi waris kaw2 nak buktikan masih kuat Next kalo kahwin baru x leh beranak lagi le ...
asfaz replied at 9-4-2023 12:59 PM
Dlm hal ni tokmal ni paling selfish. Tak rasa bini nak beranak tiap tahun. Potong lak tu.. penat nga ...
ADVERTISEMENT