Oleh Adib Za Si kecilku ketagih tengok Youtube! Risau sangat! Macam mana ni?? Ini mungkin kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu yang risaukan anaknya menonton Youtube 24 jam.
Jangan terkejut, kanak-kanak kini bukanlah seperti zaman dahulu yang suka bermain di luar. Jadi bagaimana ya, untuk menangani perkara ini. Jom ikuti apa pandangan portal Parenting berhubung isu ini: Hal yang paling mudah yang boleh dilakukan adalah menonton video bersama anak. Ini juga menjadi waktu yang tepat untuk berdiskusi bersama anak. Tanyakan hal-hal yang ingin mereka pelajari. Jika anak masih kecil, bantulah memasukkan kata kunci yang tepat. Kegiatan ini juga akan membantu si kecil untuk memilih tontonan yang mereka pilih. Jika anak memiliki YouTuber kegemaran mereka, kenali personaliti tersebut. 2. Tonton sendiri. Jika anak tidak mahu ditemani ketika menonton video, anda mungkin boleh membiarkan dia menontonnya sendiri. Tanyakan nama pembuat video, lalu cari dan tonton sendiri. Apa yang boleh anda lakukan? Anda boleh memberi nasihat setelah menontonnya, seperti nasihat tentang teknik, bahan, mahupun isi pembelajarannya.
(Sumber foto: dayoibitoye) 3. Jadilah detektif handal! Kadang-kadang anak-anak menonton secara diam diam. Meskipun anda menghargai privasi anak, anda harus tetap memeriksa apa yang mereka tonton. Lihat watch history atau rekomendasi video. Bila history telah dihapus anak, benarkah ia menonton video untuk belajar? Atau… jangan-jangan mereka menonton yang lain? 4 Subscribe. Ajak anak mendaftar (subscribe) ke channel video kesukaannya. Dengan begitu, dia tidak perlu mencari-cari lagi channel tersebut ketika ingin menonton. Dengan ini, kita juga akan mendapat pemberitahuan ketika ada video baru tiba. - CARI Infonet (Sumber- parenting.co.id) |
ADVERTISEMENT