CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Soal Syamsul, Aaron Bukan Masalah Saya - Rosyam Nor

8-4-2023 03:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1911| Komen: 12|Original author: Tatod

Datuk Rosyam Nor enggan mengeruhkan keadaan dengan mencampuri konflik antara pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof dan pelakon digugurkan daripada naskhah berkenaan, Datuk Aaron Aziz.


Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, tidak berminat untuk mengambil peduli berhubung isu itu, sebaliknya, mahu meneruskan penggambaran seperti diminta syarikat produksi.


"Ketika bekerja, saya tidak ambil tahu hal orang lain. Apabila sampai di set penggambaran, saya akan berlakon. Jadi, apa yang terjadi atau ada dengar-dengar mengenai perkara lain, saya tidak peduli.

"Siapa yang ada dekat set penggambaran itulah pasangan yang saya berlakon bersama. Saya tidak mahu campur aduk kerja saya dengan masalah produksi.

"Konflik yang berlaku itu adalah masalah produksi, bukan masalah saya. Sebagai pelakon, saya dibayar dan datang ke lokasi untuk berlakon.


"Selebihnya, saya tidak mahu masuk campur... Itu sahaja," katanya.

Ditanya sama ada pergeseran antara Syamsul dan Aaron mengganggu proses penggambaran TOG, Rosyam berkata, apa yang berlaku adalah perkara di luar jangkaan.


"Tidak mengganggu... Kenapa perlu sampai terganggu pula? Dalam hidup ini, bukan semua yang kita mahu boleh dapat.

"Ada perkara yang kita rancang tidak sempurna. Kalau tidak sempurna, kita mohon pada Allah dan habiskan sahaja kerja kita.

"Sebagai contoh, kalau bercinta, tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Kalau berkahwin sekalipun, tidak semestinya kekal," katanya ditemui pada pelancaran kempen Ramadan TV9, Janji Berbaloi 149 di ST Rosyam Mart, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Syamsul mendedahkan, masalah kesihatan iaitu 'slip disc' serta kenaikan berat badan Aaron menjadi antara sebab beliau terpaksa digugurkan daripada membintangi filem yang masih dalam pembikinan itu.

Isu membabitkan Aaron diperkatakan apabila pelakon berasal dari Singapura itu memuat naik hantaran video di IG mendakwa Syamsul enggan berjumpa berhubung isu digugurkan daripada membintangi filem TOG.

Aaron mendakwa sudah membuat persediaan termasuk dalam aspek fizikal bagi membintangi karya itu.


Sumber: BH ONLINE

Filem TOG terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor's Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-4-2023 04:17 PM
Agak laku atau flop?

Quote dudaberhias 8-4-2023 04:31 PM
jawapan selamat... tapi bagus la jawab macamni dari si mami sabut nyoq tu...
siap perli2 abam aaron gangster singapore ye... dah kena cash bertimpa2 pun perangai tak ubah lagi... ayah terpaling mithali kan...
Quote Perawankota 8-4-2023 04:57 PM
Mende yang mendatangkan untung utk tok Danish, buat per dia nak layan kan..
Quote Perawankota 8-4-2023 04:59 PM
Perawankota: Mende yang mendatangkan untung ...


Silap. Yang tidak mendatangkan untung
Quote Suchi 8-4-2023 05:16 PM
Sanaz belajar la cemana otai handle benda ni, yg wartawan lak berkali2 nak tanya kat tok syam danish masalah org lain tu dah kenapa??
Hari tu pun ada tanya gak, toksah nak melaga2kan org. Sib baik dia reti nak bg jawapan apa. Itula sebaiknya sbb dia pelakon je bkn terlibat dlm produksi lain.
Quote Kentot_Wangi 8-4-2023 08:24 PM
Kan bgus jawab mcm ni. Daripada sorg retis tu..tak habis2 merempan. Ngalah mulut makcik bawang. Patot la masa msok fmily ex isteri dlu, kemain support adik ipar, perli2 f.a.
Quote hzln 8-4-2023 09:08 PM
Hahaha melekat betul nama danish tu. Tergamak betul penulis skrip dan pengarah drama melayu, pelakon dah di ambang usia bersara wajib, tapi dibagi watak pelajar kolej nama danish...cam harem betul
Quote WeAiNe 8-4-2023 09:20 PM
dunia filem malaysia ni kecik je
pusing2 jumpa orang yang sama juga nanti
sebaiknya jangan masuk campur mana2 side
kalau sokong pun diam atau sebalik tabir
depan2 wartwan ni bagi je jawapan selamat
sat ni depa putar belit lagi haru
Quote Rachel_Green 9-4-2023 07:52 AM
rosyam dgn class nyer mematahkan cobaan wartawan untuk mengheret beliau ke masalah orang lain..hihihi..
Quote cikus 9-4-2023 08:53 AM
Ini yg dikatakan pro...cekap jawab dakyah reporter....yg sentiasa nk caca marba kan org....
Quote KirazMevsimi 9-4-2023 09:01 AM
toksyam tak masuk perangkap bahahahaha
Quote KirazMevsimi 9-4-2023 09:02 AM
jawapan yang baik dan selamat. tahniah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.084345 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top