Oleh Izzah Abbasy
Jangkitan virus Hepatitis C menular di Singapura. Hospital Besar Singapura (SGH), hari ini memohon maaf selepas 22 pesakit buah pinggang yang dirawat di hospital kerajaan itu dijangkiti hepatitis C, dengan empat daripada mereka dilaporkan meninggal dunia, insiden yang jarang-jarang berlaku di hospital itu. Jangkitan yang berlaku di hospital terbesar di Singapura itu, melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di salah satu wad di hospital itu antara April dan Jun lalu. Pegawai hospital itu berkata, mereka ‘tidak dapat menolak kemungkinan’ hepatitis C mungkin merupakan salah satu faktor menyebabkan kematian empat pesakit terbabit. Sistem rawatan kesihatan di Singapura merupakan antara yang terbaik di Asia dengan kesemua hospital kerajaan mendapat pembiayaan yang mencukupi. Pesakit-pesakit dari seluruh dunia datang ke Singapura untuk mendapatkan rawatan di SGH dan hospital-hospital lain. “Kami memohon maaf atas kesedihan, penderitaan dan tekanan mental yang ditanggung oleh keluarga pesakit terbabit,” kata Ketua Eksekutif SGH, Ang Chong Lye dalam satu kenyataan. Menteri Kesihatan Singapura telah menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menyemak hasil siasatan dalaman yang dijalankan oleh hospital itu. Lembaga Pelancongan Singapura berkata, pesakit-pesakit dari luar negara membelanjakan S$832 juta (RM2.5 bilion) pada 2013 untuk mendapatkan rawatan di negara ini. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam laman webnya berkata, virus hepatitis C merebak dalam darah, dan kes jangkitan biasa adalah `melalui amalan suntikan yang tidak selamat’, peralatan perubatan tidak disteril, pemindahan darah dan produk-produk berkaitan darah’. Kira-kira setengah juta penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit yang ada kaitan dengan hepatitis C, menurut WHO. - AFP CARI Infonet Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.KWhuX0Jo.dpuf
|
3
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
2
Sedih |
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT