CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerugian Besar Lepas Anak Tumpahkan Pengilat Kuku Pada Pakaian Mahal, Tomok Tak Sangka Dapat Rezeki Banyak Show

7-4-2023 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1932| Komen: 9

Tomok, mengakui tidak menyangka bahawa insiden baju-T dan seluar denim jenama terkenal yang terkena tumpahan pengilat kuku anaknya di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini, telah membawa ‘keuntungan’ buat dirinya.


Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, selepas kejadian dia terpaksa membeli dan menjual semula pakaian tersebut di media sosial, semakin banyak pula tawaran kerja seni menghujani dirinya.

Foto: IG

“Selepas kejadian itu, tak sangka pula ramai yang panggil saya untuk buat ‘show’ dan kerja-kerja seni hinggakan, ada antaranya ke Singapura.

“Kiranya, tawaran yang datang itu mendatangkan rezeki yang mana ianya lebih daripada ‘kerugian’ yang saya hadapi gara-gara insiden tersebut.

“Tawaran kerja seni itu berjalan terus hingga selepas raya. Ternyata ia memang bagai satu rezeki yang tak terduga. Terima kasih kepada semua yang simpati dan menolong saya,”katanya.




Selain itu, mengimbas kembali mengenai kejadian tersebut, Tomok berkata, pada awalnya dia tidak menyangka begitu ramai pengikut memberikan respons hinggakan kejadian itu menjadi tular di media sosial.

“Terus-terang, saya tiada niat untuk jadi tular. Niat saya cuma nak minta tolong pada pengikut jika ada yang nak beli seluar dan baju T denim itu. Tak sangka juga isu itu jadi tular hingga ke negara jiran, Indonesia dan Brunei.

“Sebenarnya, nak dijadikan cerita, saya dah larang dia (Siti Khadijah) supaya buka pengilat kuku itu di rumah. Tapi dalam masa yang sama, rupanya dia tanya dan minta tolong pembantu saya untuk bukakan botol itu.


“Entah macam mana, tertumpah dan terpercik pula pada pakaian di bahagian koleksi unik dan mahal. Kesemua harga pakaian yang ‘rosak’ itu mencecah RM7,000 hingga RM8,000 jugalah tapi saya dapat diskaun. Saya sendiri pun tak pernah pakai seluar semahal RM1,000 lebih,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana dia mampu mengawal emosi dan kekal bertenang ketika insiden itu berlaku, kata Tomok, tiada gunanya jika dia memarahi anaknya yang masih kecil yang tentunya tidak mengerti apa-apa.


“Namun begitu, Khadijah minta maaf dan cakap dirinya tidak sengaja. Tak mengapalah, satu pengajaran juga untuk saya. Sebagai ibu bapa kita kena berjaga-jaga bila bawa anak-anak kecil ke tempat awam.

“Sebenarnya dalam hati saya takut juga. Tapi dalam keadaan begitu, kita kena tenang sebab tak naklah tunjuk contoh yang tidak baik pada anak-anak,”katanya.

Selasa lalu, Tomok membuat perkongsian di media sosial mengenai kejadian yang berlaku namun dalam tempoh dua jam kemudian, penyanyi ini mengumumkan bahawa kesemua pakaian denim yang ‘rosak’ itu telah terjual.



Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram Story, manakala hantaran seterusnya didedikasikan pula kepada pelawak, Shuib Sepahtu dan usahawan, Anas Zahrin selain turut telah dibeli oleh pengikutnya di media sosial.

Dalam insiden terawal, anak perempuannya itu tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satu berharga RM1,299 manakala baju berharga RM899 dan RM499.

Begitupun kata Tomok, dia hanya menjual dua baju sahaja kerana mahu menyimpan dua baju lagi untuk anak-anaknya apabila mereka besar nanti. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-4-2023 06:24 PM
Alhamdulilah, mencurah2 rezeki. Lepasni jangan bawak bebudak ke kedai macamtu lagi dah especially kalau tahu nak memilih satu baju pun berjam2. Jangan ler bagi main pengilat kuku kat tempat public.

Nanti bila dah dapat payment tomok jangan lupa pergi buat treatment kat yun nam hair care, baru la meletop!

Quote rayna_raynes 7-4-2023 06:31 PM
Sebab banyak org kutuk2 dia masa kes tu kot. Bukan pahala je berpindah, rezeki pun berpindah haha
Quote rayna_raynes 7-4-2023 06:31 PM
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:24 PM
Alhamdulilah, mencurah2 rezeki. Lepasni jangan bawak bebudak ke kedai macamtu lagi dah especially ka ...

Tapi dia lebih helok botak dari berambut

Quote dudaberhias 7-4-2023 06:35 PM
rayna_raynes replied at 7-4-2023 06:31 PM
Tapi dia lebih helok botak dari berambut

Tapi masa dia berambut ala jpop dulu herlok tau kaka, tapi bukan yang sikat tengah tu la...
Yang sikat tengah tu macam mintak perhilitan kutip...

Iols tak hengat dah gambar macam mana, tak silap cover magazine masatu. Rambut heols2 ala Jpop era.

Quote tikusmontok 7-4-2023 07:09 PM
Nenek nak kawen dgn anak jaga..sempoi nenek hang
Quote emmaorabelle 18-4-2023 12:57 PM
Edited by emmaorabelle at 18-4-2023 12:59 PM

Terima kasih atas informasi tersebut. Saya memahami bahwa Tomok mengalami insiden di mana baju-T dan seluar denim jenama terkenalnya terkena tumpahan pengilat kuku anaknya di pusat membeli-belah, dan ia terpaksa membeli dan menjual semula pakaian tersebut di media sosial. Namun, menariknya, insiden ini membawa 'keuntungan' bagi Tomok dalam bentuk tawaran kerja seni yang semakin banyak. bluey
Quote rayna_raynes 18-4-2023 03:46 PM
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:35 PM
Tapi masa dia berambut ala jpop dulu herlok tau kaka, tapi bukan yang sikat tengah tu la...
Yang s ...

Masa heshe join oiam kan, rambut sikat tutup dahi.

Quote rayna_raynes 18-4-2023 03:47 PM
emmaorabelle replied at 18-4-2023 12:57 PM
Terima kasih atas informasi tersebut. Saya memahami bahwa Tomok mengalami insiden di mana baju-T dan ...

ko ni ChatGPT ke wooden betul ayat

Quote cmf_jeangrey 18-4-2023 04:27 PM
Mendidih la si stinger kalau baca breaking news ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.184034 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top