Isteri Hafidz Roshdi mendedahkan anak perempuan mereka, Humairah yang berusia enam tahun sering mendapat mimpi buruk ketika tidur. Dia juga akan menangis seperti bayi mahukan perhatian yang menjadi petanda kanak-kanak itu mengalami kemurungan.
Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Humairah juga sering termenung selain kurang berkomunikasi dengannya kerana bimbang dia akan menangis. "Humairah jadi seperti bayi, menangis mahukan perhatian dan buat apa yang selalu bayi buat. Dia juga mula kencing malam meskipun sudah tidak memakai lampin buang sejak berusia dua tahun. "Saya perasan Humairah sering termenung, takut hendak bercakap dengan saya sebab saya selalu menangis. Saya rasa dia tak mahu buat saya sedih dan sebab itu dia diam," katanya melalui Instagram. Humairah juga sudah tidak lagi mengingati abjad ABC dan mengira nombor dan tidak mampu membuat pelbagai perkara yang sebelum ini dapat dilakukan secara sendirian. "Saya bawa dia pergi klinik swasta dan doktor nampak simptom yang terjadi pada Humairah. Mereka mengeluarkan surat rujukan untuk dibawa ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar. "Selepas tiga bulan, keadaan Humairah bertambah baik. Alhamdulillah, saya juga sudah tukarkan sekolah dia bagi mendapatkan persekitaran dan membina keyakinan dirinya."
|
cm_vungtau replied at 7-4-2023 09:41 PM
Sian dia ni. Harap adalah belas kasihan dari acik forum. Janganlah kutuk lelebih. Dia dahla laki bua ...
becir replied at 7-4-2023 10:24 PM
Some more dia ni muda…kalau jadi later in life mungkinla lain tindakbalas dia..ntahla alangkan bi ...
ADVERTISEMENT