Edika Yusof, 55, sedih dengan nasib sebilangan besar pelakon-pelakon lama yang dipandang sebelah mata dan tidak menerima layanan sewajarnya. Kata Edika, keadaan tersebut mencerminkan standard indutsri seni tempatan yang masih terkebelakang berbanding industri seni antarabangsa, seperti Hollywood dan Bollywood yang mana penggiat veterannya cukup dihargai dan semakin disanjungi.
“Hakikatnya, pelakon lama kita semakin kurang ditawarkan peluang berlakon. Lain pula keadaannya seperti di Bollywood misalnya, pelakon lama mereka semakin rancak bekerja. “Kenapa keadaan itu tidak berlaku di negara kita? Bentuk layanan industri tempatan terhadap orang-orang lama masih keterbelakangan.
|
ADVERTISEMENT