Datin Lisa Surihani, 37, gementar setiap kali ditanya mengenai terdapat segelintir pihak yang gagal istiqamah kerana kecundang di pertengahan jalan. Lisa berkata, selain masih belajar dan memahami agama Islam, dia juga menyifatkan dirinya bukanlah ustazah yang boleh memberikan komen mengenai hal tersebut.
"Sejujurnya, saya agak gementar menjawab soalan begini. Sebab saya memang bukan ustazah. Saya tak pasti sejauh mana yang saya katakan, sebab saya belajar daripada mereka yang lebih arif. "Saya bukan siapa-siapa, semuanya milik dan pinjaman Allah. Lagipun, hati ini rapuh. "Kalau kita sempurna dan sudah baik, maka baiklah sentiasa. Itu bukan kejadian kita, sebab kita memang tidak sempurna. Dari segi fizikalnya dan tingkah laku. "Apa yang saya boleh nasihat kalau terjerumus kalau boleh jangan biarkan kita dalam keadaan begitu. Bila kita meminta keampunan Allah, nescaya dapat pengampunan," katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi.
|
ADVERTISEMENT