CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Dikecam Dan Dibantah Ramai- Filem Pulau 2 Akan Diterbitkan Tahun Depan, Babitkan Pelakon Dua Negara

7-4-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 299| Komen: 4

Syarikat penerbitan WebTVAsia akan menerbitkan sekuel filem kontroversi Pulau tahun depan.

Penerbit filem itu, Fred Chong berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menghasilkan sekuel filem Pulau, walaupun ia pernah mendapat bantahan dari sebahagian pengkritik dan penonton tempatan.


"Kontroversi yang melanda filem Pulau sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat saya untuk menerbitkan sekuel filem ini.

"Buat masa ini, pihak kami dalam proses merancang dari pelbagai aspek termasuk barisan pelakon yang akan terbabit dalam filem Pulau 2 yang dijangka memulakan penggambaran pada tahun depan," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Mengulas mengenai filem Pulau 2, kata Fred, ia akan menyaksikan kolaborasi antara produksi Malaysia dan Indonesia.

"Barisan pelakon yang dipilih juga berbeza dan membabitkan dua negara.

"Sudah ada beberapa pelakon termasuk dari Indonesia yang disenarai pendek tetapi belum diputuskan lagi," katanya.


Ditanya mengenai jalan ceritanya pula, kata Fred, filem Pulau 2 bukan kesinambungan dari naskhah asal sebaliknya ia sebuah karya lebih segar.


Fred Chong, Foto: Harian Metro

"Apa yang boleh saya katakan, filem Pulau 2 akan mengekalkan elemen kepelbagaian kaum di Malaysia.

"Saya tidak boleh beritahu secara terperinci mengenai filem Pulau 2 kerana ia projek untuk tahun depan.

"Pihak kami juga ada beberapa projek filem baru yang perlu diberi tumpuan pada tahun ini," katanya.

Terdahulu, filem genre 'supernatural thriller' dan mistik Pulau lakonan Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Pui Yi dan ramai lagi itu terpalit kontroversi selepas treler yang ditayangkan di YouTube, memaparkan adegan panas yang tidak selari dengan budaya Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) mengklasifikasikan filem Pulau sebagai naskhah seram, bukannya karya tidak senonoh seperti diperkatakan ramai pihak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-4-2023 10:40 AM
Sape dah tengok? Tolong spoil dekat kaka.

Kalau best harap2 next sekual tak hambik pelakon yang bau lubang jamban tu!
Langgor2 orang lepastu belah.

Quote pocongkiutss 7-4-2023 10:42 AM
So berapa kutipan mubi Pulau? Dpt ke kalahkan Mat Kilau Solident?
Quote heythere123 7-4-2023 02:07 PM
Edited by heythere123 at 7-4-2023 02:10 PM

ame ni kemain nak women empowerment tapi movie pulau yang memang sah2 jual badan sanggup pulak sheols berlakon.

dasar faker yach
Quote PULANGKAN 7-4-2023 04:26 PM
nope, buang masa

dan berlandaskan provokasi dan kontroversi

dah tau orang marah sebab apa, lagi nak dibuatnya

tak ke kurang ajar tu? takde adab?

mencabar negara

what? next time include soft-p*rn pulak yeh?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029692 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top