Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, memohon semua pihak memberi ruang kepada Shila Amzah susulan isu hangat melibatkan rumah tangga ibu bapanya. Pempengaruh yang juga teman lelaki kepada penyanyi itu menambah, Shila kini dalam fasa bertenang dan bercuti daripada terlibat dalam sebarang aktiviti seni sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya.
“Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya, ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live). “Jadi, bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular. “Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku,” katanya kepada MH.
Ubai juga cuba menjadi pendengar setia bagi memastikan emosi Shila tidak terus terganggu dengan reaksi pelbagai daripada netizen berhubung status hubungan mereka, yang kemudian dihangatkan lagi dengan kemelut rumah tangga ibu bapa penyanyi itu. “Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan. “Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku. “Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan,” katanya lagi. Sebelum ini, ibu Shila, Fauziah Sarman memadam beberapa hantaran di Instagram selepas mendedahkan wajah 'penyondol' suaminya yang menguatkan lagi spekulasi bapanya yang juga penyanyi ND Lala telah berkahwin lagi satu. - CARI
|
SherryZass replied at 7-4-2023 11:41 AM
Cerita tentang dia pon boleh dibuka thread kat sini ya?
Mekgadis16 replied at 7-4-2023 02:33 PM
Jap. Ni betul2 ke tipu2? Caption dia i said yes
Aneem replied at 7-4-2023 07:08 AM
Tgk dak ubai mcm menyesal pun ye terjebak dgn mak jan ini.
Apa nk buat, terlajak kapel dpt mak jan m ...
Aneem replied at 7-4-2023 03:08 PM
Tgk dak ubai mcm menyesal pun ye terjebak dgn mak jan ini.
Apa nk buat, terlajak kapel dpt mak jan m ...
MilanAdelynn replied at 7-4-2023 03:01 PM
Kesian nya uols. Wallet pun rope gitu. Mmg betul2 shibai do hahahahahaha
Nsz1314 replied at 7-4-2023 03:47 PM
Adoii .. mcm bdk2 bchinta .. nk amek mknan je pun pegang2 tangann..adoii
ADVERTISEMENT