CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman Terhadap Amelia Handerson

7-4-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7126| Komen: 109

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur membenarkan saman yang dikemukakan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. terhadap Amelia Henderson berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.


Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan dalam saman itu secara jelas telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.

Dalam prosiding hari ini peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia selaku defendan.


Foto: IG

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Semasa perbicaraan seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.


Sementara Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini, media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekaligus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 7-4-2023 10:34 AM
Fuh, begitu pentingnya ada & patuh kontrak ya. Tapi tak dinyatakan berapa jumlah saman ke?
Quote Kancilkering 7-4-2023 10:34 AM
tahniah….
don’t give face dato people like that
Quote dudaberhias 7-4-2023 10:37 AM
Derih pilih untuk selesaikan di luar mahkamah, entah berapa kena bayar tu? jangan hujung2 kena servis benda bersawang berkedut sudah.
Quote Lavender_Violet 7-4-2023 10:38 AM
Padan muka AH
Tu la...tak reti baca kontrak tapi gigih nak proceed lawan saman
Dah terang2 kot ko langgar kontrak
Quote chandrahusin 7-4-2023 10:41 AM
dudaberhias replied at 7-4-2023 10:37 AM
Derih pilih untuk selesaikan di luar mahkamah, entah berapa kena bayar tu? jangan hujung2 kena ser ...

Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Hakim Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

- Harian Metro
Quote krukx 7-4-2023 10:43 AM
Tak pasal2 rugi duit rm200K. Dlm hal ni pada aku Idris Khan bijak settle tepi. Mengalah bukan bermakna tak ada maruah or bodoh. Hidup ni kena bijak. Lain la kalau kau mmg kaya raya smpaikan duit RM200k tu mcm RM20 je nilainya. Aku tak rasa AH ni kaya
Quote dekmieDandy 7-4-2023 10:45 AM
tadi baca news kata RM90,000 kau kena bayar

nangis
Quote Kancilkering 7-4-2023 10:46 AM
chandrahusin replied at 7-4-2023 10:41 AM
Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah  ...

banyak nye
nelydia tu pun kene bayar ngan cosmetics apa ntah …ratus ribu lah gak
langgar contract


Quote dewi_rina 7-4-2023 10:47 AM
Terbang 200k nak raya ni, mintak tolong bf bayar yek
Quote epal_putih 7-4-2023 10:50 AM
Bila dah sign kontrak kena akur
Xleh lari dah..
Huhu..
Quote I.K.A888990 7-4-2023 10:50 AM
bagus dah mmg salah tapi still acah2 innocent
Quote Tasikchini 7-4-2023 10:53 AM
tahniah & padan muke
Quote Themilo 7-4-2023 10:56 AM
dewi_rina replied at 7-4-2023 02:47 AM
Terbang 200k nak raya ni, mintak tolong bf bayar yek

Amelia masih sambut raya lagi ke?
Quote dudaberhias 7-4-2023 10:56 AM
chandrahusin replied at 7-4-2023 10:41 AM
Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah  ...

Kalau settle tepi takde la kena bayar banyak ni.

Quote Joysparta 7-4-2023 10:57 AM
Kesian...byk tu rm200k....huhhu..
Quote penjarasgbuloh 7-4-2023 10:58 AM
at first kenapa 2 orang pelakon tersebut langgar kontrak? takkan begitu bengap sekali nak langgar kontrak...mesti ada sebab.
Quote matjerk 7-4-2023 11:02 AM
[tiktok]7212261335126592794[/tiktok]
Bungnuar ada..hehehheheh
Quote azimodin 7-4-2023 11:06 AM
Ni la penangan langgar kontrak.
Quote jiwakacau06 7-4-2023 11:09 AM
matjerk replied at 7-4-2023 11:02 AM
Bungnuar ada..hehehheheh

ewww....bangnon too old to try pick up line....
bernafsu lak dgn pmpuan...

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top