Puteri Sarah berkemungkinan memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof. Menurut peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili aktres itu, tuntutan tersebut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan, namun memerlukan masa untuk memperhalusinya.
“Kita akan uruskan, atur apa benda yang akan dibuat. Kalau ada perkara yang hendak dibuat, ia akan dibuat ikut undang-undang. “Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul). (lepas ini) kita tengok nak masukkan tuntutan balas atau nusyuz pihak sana pula,” katanya ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini. Sementara itu, ditanya sekali lagi mengenai tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu, peguam terbabit menyatakan ia antara perkara boleh dilakukan dan ia yang sedang difikirkan.
Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami). Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Terdahulu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, akan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya. Puteri Sarah selaku defendan akan memasukkan pernyataan pembelaan selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
msdummy.2018 replied at 7-4-2023 05:54 AM
Yaaaa..suami juga boleh jatuh nusyuzzz..so pompuan teraniya luar sana tuh, ko jgn takut prthnkan hak ...
cucutokwan89 replied at 7-4-2023 06:28 AM
Aloloo..tu gambo selfie ker
msdummy.2018 replied at 7-4-2023 05:54 AM
Yaaaa..suami juga boleh jatuh nusyuzzz..so pompuan teraniya luar sana tuh, ko jgn takut prthnkan hak ...
dudaberhias replied at 7-4-2023 06:07 AM
hambik ko rasakan kena tuntutan nusyuz...sendiri juga gigih block wasap dan abaikan bertahun2...sibu ...
msdummy.2018 replied at 7-4-2023 05:54 AM
Yaaaa..suami juga boleh jatuh nusyuzzz..so pompuan teraniya luar sana tuh, ko jgn takut prthnkan hak ...
ADVERTISEMENT