CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan lelaki disyaki bom ikan

28-6-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1725| Komen: 5

Description: TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan enam lelaki berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dalam dua kes berasingan ...
TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan enam lelaki berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dalam dua kes berasingan dekat sini semalam.
   
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika sedang menjalankan aktiviti haram mereka menggunakan dua buah bot pam.
   
Beliau berkata dalam kes pertama, polis menjumpai 65kg ikan pelbagai spesies dan peralatan mengebom ikan seperti botol kosong, hos, mancis, alat selaman dan tong oksigen di dalam bot tiga suspek berumur antara 30 dan 55 tahun yang ditahan kira-kira 1.10 tengah hari.
   
Pada pukul 3.45 petang, sebuah lagi bot pam ditahan serta diperiksa dan anggota PPM menjumpai 52kg ikan pelbagai spesies berserta pelbagai peralatan seperti botol kosong, hos panjang, tong oksigen dan alat selaman.     

Tiga lelaki berumur antara 18 dan 20 tahun yang berada di atas bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan, kata Awang Besar menerusi kenyataan hari ini yang dibacakan Pegawai Pemerintah PPM Tawau ASP R.Krishnan.
   
Awang Besar berkata PPM turut merampas kedua-dua bot pam dan empat unit injin sangkut masing-masing 13 kuasa kuda.
   
"Ketika menyedari kehadiran anggota PPM, suspek cuba melarikan diri ke kawasan perairan antarabangsa namun berjaya dipintas. Bagaimanapun, sebuah bot pam lagi berjaya meloloskan diri.
   
"Kes ini merupakan yang pertama pada tahun ini. Oleh kerana kita tidak menemui bom ikan maka kes ini disiasat mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985. Kes akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah untuk siasatan lanjut," katanya.
   
Sementara itu, Awang Besar berkata polis memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan bom ikan kerana ia memusnahkan habitat ikan dan boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan. 

7

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omong 28-6-2013 02:42 PM
1. tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah
2. Ikan kena bom tak sedap, tulang tertanggal tanggal, isi rasa powdery. . .
Quote izamahmed 28-6-2013 02:48 PM
cara cepat dlm ikan. tauke besar
Quote seratus_sukan 28-6-2013 02:49 PM
beb....lelaki2 2 jd bom ikan ka? gila ganas bunuh ikan ala terosist...
Quote Darien_Fawkes 28-6-2013 03:04 PM
seratus_sukan posted on 28-6-2013 02:49 PM
beb....lelaki2 2 jd bom ikan ka? gila ganas bunuh ikan ala terosist...

nilah akibatnya bila TT fail dalam BM, tajuk bunyi semacam aje..
TT ni cina ke india?? boh aje nick Melayu tu..
Quote seratus_sukan 28-6-2013 03:17 PM
Darien_Fawkes posted on 28-6-2013 03:04 PM
nilah akibatnya bila TT fail dalam BM, tajuk bunyi semacam aje..
TT ni cina ke india?? boh aje ni ...

nk kn masuk kelas peralihan ni...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.267039 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top