CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Perlukan Kehadiran Dia, Kalau Dia Tak Hadir Pun Proses Tetap Akan Berjalan,"-Isteri Afiq Muiz Ke Mahkamah

6-4-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 735| Komen: 1

Isteri  Afiq Muiz, Pachara Apin memohon doa agar sesi keterangan saksi yang akan berlangsung hari ini, berjalan dengan lancar.

Pachara ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari berkata, kehadiran Afiq tidak diperlukan kerana sesi ini tetap akan berjalan sekiranya tanpa kehadirannya.


"Saya tak perlukan kehadiran dia. Kalau dia tak hadir pun proses tetap akan berjalan. Harapan saya, tolong doakan agar semuanya berjalan dengan lancar," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Peguamnya, Suriati Ab Ghani menjelaskan bahawa, kehadiran Afiq akan melambatkan proses tuntutan fasakh sekiranya dia tidak bersetuju dengan dakwaan culas membayar nafkah.

"Kalau dia datang, ia akan melambatkan sedikit proses keterangan saksi pada hari ini sebab prosesnya akan berpatah balik ke belakang.

"Hari ini adalah sesi keterangan saksi untuk prosedur tuntutan fasakh. Sekiranya dia bersetuju dan mengaku tak bagi nafkah berapa tahun, bolehlah kita minta untuk fasakh. 


"Kalau dia nak menjawab dan tak bersetuju, kena masuk ke pembelaan bertulis pula," katanya.

Tambah Suriati, proses tuntutan fasakh ini berkemungkinan akan dapat diselesaikan menjelang Mei.

"Kalau dia tak datang, Insya-Allah, bulan Mei nanti dah boleh selesai sebab sesi hari ini tak membabitkan dia memandangkan sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan untuk selesaikan secara baik," katanya.

Afiq yang hadir jam 11 pagi enggan memberikan sebarang komen.

"Buat masa sekarang, saya tak boleh bagi komen apa-apa. Kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah," katanya.

Sesi keterangan saksi akan menyaksikan dua saksi daripada pihak Pachara dan berlangsung pada jam 11.30 pagi ini.

Terdahulu, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 32, difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali. -CARI

SUmber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-4-2023 06:12 PM
teruskan! go go pachara... biar sedar sikit laki banyak bulu macam beruk tu... sebabtu banyak bulu ni red flag bagi kaka...

rupa pun macam bangla... lepastu penakut nak bagi alamat rumah...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.150263 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top