CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Puji Puteri Sarah Profesional, Tetap Izin Jumpa Anak Walau Bergaduh "Raya Di Mana Tak Perlulah Saya Beritahu"

6-4-2023 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7857| Komen: 78

Biarpun kemelut rumah tangga masih berlarutan namun Syamsul memberitahu hubungannya dengan anak-anak masih kekal baik.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, Puteri Sarah memberikan kerjasama baik untuknya berjumpa dengan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.


Foto: IG

“Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik biarpun dia memfailkan hak penjagaan.

“Selama ini pun biarpun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional mengenai anak, masing-masing beri kerjasama,” katanya kepada pemberita.

Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.



Kes tersebut bagaimanapun ditangguhkan pada 8 Mei ini susulan Puteri Sarah yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana berada di luar negara.

Syamsul pada Rabu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya di Instagram miliknya.



Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak, Syamsul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Ini termasuk berhubung sama ada dia sudah bertemu kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail selepas didakwa sudah lama tidak pulang ke rumah bertemu mereka.

“Raya di mana tak perlulah saya beritahu. Selama ini pun saya banyak kali jumpa anak tapi tidak kongsi di sosial media. Itu hal peribadi.

“Saya enggan komen soal jumpa ibu bapa atau tidak. Bagi saya hal berkaitan keluarga tak perlu kongsi,” ujarnya.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, bagaimanapun memfailkan cerai terhadap Syamsul pada 12 Januari lalu selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah.

Bagaimanapun kes mereka masih berlarutan kerana Syamsul enggan melafazkan cerai dan keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bakal dibaca pada Isnin nanti.

Kemelut rumah tangga mereka juga semakin hangat diperkatakan apabila Syamsul mengaku sudah berkahwin dua dengan Ira Kazar pada 6 Januari. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.
Quote asfaz 6-4-2023 12:11 PM
azimodin replied at 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.

Hanya netz lembik hati aje percaya dia nak berubah.  
#tapisbahasa..#puasa
Quote Suchi 6-4-2023 12:18 PM
azimodin replied at 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.

Yup..
Sbb sblm ni kan imej makin tercalar sbb dia duk wat pc sana sini

Tak pun sbb dia tgk kes parid tu kan org duk puji parid bawak bunga la bagai

Mana mau npd nampak kalah dan salah
Quote moonela 6-4-2023 12:19 PM
azimodin replied at 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.

Exactly !!! bunga2 nak ikut jejak FK mula kenampakan
kot isnin ni datang dengan sejambak munge dan cincin
Quote totokreturn. 6-4-2023 12:22 PM
berbaik baik je la dia bulan posa yg mulia ini. Boleh dah la start buat jadual waktu malam ni balik rumah bini mana dulu.
Quote aammyy 6-4-2023 12:22 PM
moonela replied at 6-4-2023 12:19 PM
Exactly !!! bunga2 nak ikut jejak FK mula kenampakan
kot isnin ni datang dengan sejambak mun ...

Guling2 IK merengkam rasa
Quote likilu 6-4-2023 12:23 PM
azimodin replied at 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.

Love bombing tu bukan term untuk thread lain ke
Quote esbok 6-4-2023 12:24 PM
sparkling mata anak nya
Quote moonela 6-4-2023 12:25 PM
aammyy replied at 6-4-2023 12:22 PM
Guling2 IK merengkam rasa

dia dah pesan awal dah IK
lakonan je kat mahkamah nanti
sebab aii nak orang nampak aii suci dimata netizen


Quote aammyy 6-4-2023 12:34 PM
moonela replied at 6-4-2023 12:25 PM
dia dah pesan awal dah IK
lakonan je kat mahkamah nanti
sebab aii nak orang nampak aii suci dimata ...

PR stunt untuk OG. Kena bersihkan imej. Lagipun kan Sol ckp IK mendengar kata.
Quote MademoiselleZan 6-4-2023 12:34 PM
azimodin replied at 6-4-2023 12:03 PM
Gaslighting netizen supaya netizen fikir dia genuine nak berubah & cubaan love bombing PS.

Setuju...dah tahu taktik dia..rasa Ps n family dah masak...Ps dah ckp hari yg dah lama dia tak jumpa , now nak cover dgn kata tak perlu up di media soc..,,, mak dia pun until now pasti dia tak dtg jumpa, sebab tu mak tu merintih di media soc..
Dia ni obviously fake lah...tgk gigi tu putih semacam..wekkkk
Quote namieamuro 6-4-2023 12:41 PM
serabai nye jantan ni. name je berbini 2, wang kepok2 tapi serupe mcm tak mandi setahun.

sarah dh kate kan bab anak2 ni selagi daya die buat terbaik. mcm DD. takde nk gune anak tu sbg perisai membalas dendam. samdol je bapak tak gune jumpe anak mcm kan tgl obersi pdhl senegeri. bapak ape gitu
Quote abadi84 6-4-2023 01:04 PM
namieamuro: serabai nye jantan ni. name je ...


Aah kan. Awatlah SolSol nmpk busuk.
Rugilah kalau pisahkan SolSol dgn anak2.
Yg paling seronok siBirahKazar conquer SolSol sorang2.
Raya ni haruslah rumah degawan.
Kang si Birah tu gelek gerudi kalau tidak.
Sdgkan blm nikah pun dah tak beraya dgn PS.
Quote airmineral 6-4-2023 01:05 PM
sol³
walaupun muka ko persis abang aku
sebaik perangai abg aku xmcm ko
Quote beatgirlX 6-4-2023 01:07 PM
Asal dia nampak serabai?
Serabut ke bro?
Quote SherryZass 6-4-2023 01:09 PM
kenmain kau eh sol tayang gigi merata. amek gambar semedang tayang gigi tu
Makin kepam dan busuk + serabai sejak dijaga bini bernombor
Quote Dolmat 6-4-2023 01:17 PM
SherryZass replied at 6-4-2023 01:09 PM
kenmain kau eh sol tayang gigi merata. amek gambar semedang tayang gigi tu
Makin kepam dan busuk + s ...

Quote jiwakacau06 6-4-2023 01:19 PM
MademoiselleZan replied at 6-4-2023 12:34 PM
Setuju...dah tahu taktik dia..rasa Ps n family dah masak...Ps dah ckp hari yg dah lama dia tak jum ...

sllu dia akn update ig bila jmpa ank...menipu ja xnk upload hal keluarga
Quote SherryZass 6-4-2023 01:21 PM

Lebih kurang lah tu chuolls diorang. Sikit masa sol tu nak bertukar hijau, dah copy&paste
Besar bethol gigi the mask man ni

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058661 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top