CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Dah Tak Nak Sakiti Puteri Sarah, "Insya Allah Saya Cuba Reda Apa Sahaja"

6-4-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8523| Komen: 79

Syamsul Yusof tidak mahu menyakiti perasaan isteri pertamanya dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Puteri Sarah Liyana.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, dia juga reda dengan apa sahaja ketentuan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Isnin ini dan berharap Puteri Sarah turut berperasaan sama.


Foto: mStar

“Insya Allah saya cuba reda apa sahaja. Mudah-mudahan begitu juga dengan Sarah.

“Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakiti Sarah lagi," katanya ketika ditemui pemberita.

Syamsul hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.



Hakim Syarie, Maizatul Aliza Che Din menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei ini sebagai sebutan semula bagi memboleh pihak-pihak memfailkan pembelaan.

Ia susulan Puteri Sarah tidak dapat hadir pada prosiding tersebut kerana berada di luar negara atas tuntutan kerja.

Sementara itu, meskipun reda dengan ketentuan terhadap rumah tangganya, Syamsul tetap berharap semua kemelut yang melanda perkahwinan mereka berakhir dengan baik.



"Doakan untuk saya dan Sarah sama ada ia berakhir dengan baik atau tidak.

"Saya pun tak nak cakap banyak sebab takut salah cakap," katanya.

Sementara itu, peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya sedia maklum akan tuntutan nusyuz terhadapnya.

Kata Akberdin pihaknya menerima surat mengenai permohonan tersebut pada 24 Mac lalu dan tidak terkejut dengan perkara tersebut.

“Sekarang ini zaman sosial media. Dia (Sarah) sudah tahu lebih awal dan tidak terkejut tentang tuntutan nusyuz.

“Pihak kami akan memasukkan pernyataan pembelaan terhadap tuntutan tersebut,” katanya.

Syamsul sebelum ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah pada 21 Mac lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-4-2023 11:24 AM
Tak nak cakap banyak ke takut gigi pelesu tercabut depan wartawan?

Si birah tak tolong tepekkan polident berlapis2 ke lepas rendam dalam tempayan made in thailand semalaman?

Kaka nak share number bengkel awning bumbung dekat kau, lepas berbuka ni boleh la singgah kedai atap tu untuk welding gigi tu pada gusi supaya tak payah tepek polident hari2. Nanti dia scaling sekali pakai grinder. Sisa2 cili jeruk dari kuetiau goreng ko makan bertambah tu pun boleh hilang.

Quote kartieka 6-4-2023 11:26 AM
baru sedar imej sndri dh tranish giler2 la tu..
kwn2 dh lari ke sok, org dh start bo layan ko ke..
ke ko takut kna londeh lg plus damage control dh x lh di buat..mampu diam je la skang...sti lawyer ko bg kata dua kalau x dia angkat kaki sbb client berlagak sgt
Quote dudaberhias 6-4-2023 11:28 AM
Mempersembahkan cucu degawan

Gigi sama macam ayahnya.

Ceplos Yusof

88_2000_550.jpg
Quote Suchi 6-4-2023 11:30 AM
Skrg dah tau la tu bila byk ckp nnt tersalah ckp.

Bini tua dia pun mcm dh who r yus kan je dia skrg ni.
Tp betul laa bila kita dah tak sayang org hati pun lebih tenang takyah risau2 lagi pasal org tu
Kita menderita selama ni sbb sayangkan org laaa
Duk risau pasal dia bagai tp bila perasaan tu dah tak de maka makin tenang la hidup kita..
Bebas…
Quote penjarasgbuloh 6-4-2023 11:31 AM
Itu la yang sepatutnya, stop cakap apa2 especially kat media or kat socmed. Insyallah yang baik2 untuk both of u.
Quote babelina 6-4-2023 11:48 AM
dudaberhias: Tak nak cakap banyak ke takut gigi pelesu tercabut depan wartawan?Si birah tak tolong tepekkan polident berlapis2 ke lepas rendam dalam tempayan made  ...


hahaha.. terfikir gak.. kot2 ko poyo sgt byk ckp.. tetiber tercampak gg tu.. hahaha..
Quote MatDeghem 6-4-2023 11:54 AM
Sekarang baru dia sedar .... yang tak semua pompuan bodoh macam binik sondol dia.

Dgn si bodoh sondol boleh lah ko berlagak dan auta .....sondol percaya dan ikut cakap.
Quote epal_putih 6-4-2023 11:56 AM
Happy ending la kiranya..
Haaa nampak dah cerdik sikit Solident ni..
Mudahkan kan senang
Quote Realpeople17 6-4-2023 12:01 PM
dudaberhias replied at 6-4-2023 11:24 AM
Tak nak cakap banyak ke takut gigi pelesu tercabut depan wartawan?

Si birah tak tolong tepekkan pol ...

Ngiluuu kaka pkai grinder. Brlubang la gusi nnti
Quote wadiunong 6-4-2023 12:01 PM
Suchi replied at 6-4-2023 11:30 AM
Skrg dah tau la tu bila byk ckp nnt tersalah ckp.

Bini tua dia pun mcm dh who r yus kan je dia skrg ...

setuju sgt dgn ayat uols tu kita derita bila terlalu syg . kalo dah tak syg mmg aman2 je hidup kan sbb takyah pikir hari2
Quote Realpeople17 6-4-2023 12:04 PM
Sol.. sol.. kalo dr awal mudahkan urusan PS kan senang. Da la brtahun seksa jiwa raga dia. Nk dera mental emosi dia. Dr awal bg kerjasama utk cerai kan senang. Mmg la taknak lukakan hati PS da. Prbuatan ko sejak 4 taun lps pun da cukup hancurkn hati dia. Jantan ni kalo brckp nk good2 je. Cpt skit lpskan PS. Aku plak geram tgk ko saje nk susahkn urusan PS.
Quote kuchenta_81 6-4-2023 12:17 PM
Hurm lepas PS kabo takmo tuntut apa2 harta barulah kuar statement gini ehh
Quote totokreturn. 6-4-2023 12:24 PM
dudaberhias replied at 6-4-2023 11:24 AM
Tak nak cakap banyak ke takut gigi pelesu tercabut depan wartawan?

Si birah tak tolong tepekkan pol ...

sebatang je kan?
Quote bitterchoc 6-4-2023 12:25 PM
dudaberhias replied at 5-4-2023 10:24 PM
Tak nak cakap banyak ke takut gigi pelesu tercabut depan wartawan?

Si birah tak tolong tepekkan pol ...



Uols nih kaka duddddddd
Aiols ketap bibir je baca
Aiols posaaaa aiols posaaaaa
Quote Suchi 6-4-2023 12:37 PM
wadiunong replied at 6-4-2023 12:01 PM
setuju sgt dgn ayat uols tu kita derita bila terlalu syg . kalo dah tak syg mmg aman2 je hidup kan  ...

Ya uolss
Kita semua menderita kerana sayangkan orang

Camtu la PS dulu skrg ni dia nampak lebih tenang2 dan happy je
Quote awekjepun 6-4-2023 12:41 PM
Suchi replied at 6-4-2023 11:30 AM
Skrg dah tau la tu bila byk ckp nnt tersalah ckp.

Bini tua dia pun mcm dh who r yus kan je dia skrg ...

Betul. Sbb tu nmpk ps happy sgt, aura bahgia jelas sgt di muka ps. Ps dh bersedia utk melepaskan.
Quote MademoiselleZan 6-4-2023 12:45 PM
Realpeople17 replied at 6-4-2023 12:04 PM
Sol.. sol.. kalo dr awal mudahkan urusan PS kan senang. Da la brtahun seksa jiwa raga dia. Nk dera m ...

Lepas  reputasi dah tarnish, now nak reflect yourself.....fake lah sol...org yg ckp tak suka bertentang mata ni, memang tak ikhlas...geram ajer lah tgk muka mamat ni...ckp mcm bagus ...jgn salahkan netizen berbagai, we r not dummy OK
Quote namieamuro 6-4-2023 12:46 PM
bagus la cpt sikit settle kan kes tu. bagi kami pokus ke kacip patimoh pulak. bak kate samdol, dah basi
Quote Fazzbulous 6-4-2023 12:47 PM
taknak ckp lebih2 sbb tkut terlepas ckp kot mcm masa kt hlive ritu...hihihihi...bagi la ps bahagia dgn cara dia...dia da move on...ko bhgiakn la bini muda ko tu...

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062050 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top