CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penampilan Terkini Ibnor Riza Yang Susut, Rambut Dah Tiada

5-4-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1316| Komen: 2

Penyanyi Ibnor Riza mendedahkan wajah terkininya yang dilihat sudah ketiadaan rambut serta badan sedikit susut selepas mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma pada awal Mac lalu.

Fotonya dimuat naik ke akaun Instagram miliknya malam tadi berserta sedikit ucapan sempena Ramadan dan dalam masa yang sama memohon doa atas kesihatan dirinya.




Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya selepas kali terakhir memuat naik fotonya pada November tahun lalu.

Entri berkenaan telah pun mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia diberi keajaiban untuk sembuh.

Penyanyi popular era 1980-an itu mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma dan menjalani rawatan kimoterapi bagi mengubati penyakit itu.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) HPD, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.




Sebelum ini, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Berikutan itu, Ibnor tidak dapat meneruskan karier sebagai penyanyi hingga pendapatannya terjejas.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-4-2023 09:23 AM
Moga cepat sembuh bang Ibnor. Aamin
Quote dudaberhias 6-4-2023 09:29 AM
Semoga cepat sembuh walaupun kaka tak kenal.

Si bobbyrina tu pun patut pergi buat kimo bagi kurus. Lagipun heshe ada thyroid kan?



Yang ada kutu pun sesuai buat kimo ya. Anak kawan kaka duduk asrama, hari2 dok sapu ubat kutu tapi tak hilang2 setiap kali pergi balik asrama. Yang tu pun kaka sarankan dekat cikgu2 suruh buat kimo satu sekolah tu bagi hilang kutu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048931 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top