Isteri ND Lala, Fauziah Sarman memuat naik luahan hati di Instagramnya. Fauziah dilihat seperti memberi bayangan tentang situasi yang sedang dihadapinya. Kongsinya, dia penat mengalirkan air mata, tenaga dan fikirannya seperti bercelaru.
“Aku tertidur, namun jiwaku berkelana. Aku terlelap, namun hatiku mengembara. Matakupun terpejam, namun tajamnya pikiranku melintasi ruang dimensiku. “Boleh gak istirehat sebentar? Boleh gak berhenti sejenak? Baru sadar, kalau Mental yang capek itu sangat menguras airmata, tenaga dan pikiran,” kongsinya. Fauziah juga meminta untuk tidak menghukumnya kerana belum tentu ada orang yang sekuat dirinya untuk berdepan masalah. “Jangan pernah mencoba menghakimi aku. Berdirilah di posisiku dan berjalanlah di kehidupanku yang sudah aku lewati. “Kamu akan merasakan sejauh apa, sepahit apa dan sesakit apa yang aku rasakan dalam hidupku. “Baru kamu akan tau betapa sulitnya menjadi peribadi sekuat aku. Jika kamu berada di posisiku mungkin belum tentu kamu sekuat aku,” luahnya lagi. Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani dengan menyatakan wanita itu merupakan isteri kedua kepada ND Lala. Lebih mengejutkan, wanita tersebut juga merupakan rakan baik anaknya, Shila Amzah. -CARI Sumber: XTRA
|
Nurkaseh01: Kesian mesti dia tak terpikir ...
jiji85: punyala muka nd lala tu mcm ch ...
jihah_kudat replied at 5-4-2023 07:33 PM
shila tak pergi tengok mak sheols ke..
tenang2 kan mak dia ke apa yang patut..
bukak puasa pun sendi ...
ADVERTISEMENT