CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Suka Baju Melayu Klasik, Barulah Kemas Dan Handsome

5-4-2023 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1203| Komen: 0

Saban tahun, pasti timbul isu rekaan baju melayu yang di luar kotak dan menjadi pertikaian ramai. Namun, Alif Satar, 33, tetap merasakan rekaan klasik baju melayu menjadi pilihannya dari dahulu hingga sekarang.


“Fesyen ini subjektif, sama macam seni.. tapi pendirian saya sendiri, baju melayu ada etika dia yang tersendiri sebab ia sebahagian daripada budaya kita.


IG

“Untuk citarasa saya sendiri, saya rasa baju melayu ni kena (rekaan) klasik sahaja.

“Nak masuk istana pun kena pakai baju melayu, bersongkok dan bersampin. Kita nikah pun pakai baju melayu juga.

“Kalau mat saleh, mereka punya pakaian formal ialah sut, the formal version untuk kita di Malaysia ini adalah berbaju melayu dan ia bukan sahaja untuk orang Melayu sahajalah (termasuk kaum Cina dan India),” katanya kepada MH.

Alif ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu kolaborasi Al-Ikhsan bersama Iktikaf Alif (AL Sports x Iktikaf Alif) yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.


Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, tidak salah bagi seseorang pereka fesyen untuk melakukan improvisasi namun mereka harus mengekalkan identiti baju melayu yang sudah dikenali sejak zaman berzaman.

“Saya bukanlah orang yang arif tapi ia terpulang pada pereka untuk design dan sekiranya ada sambutan, boleh jual.. it’s up to them.

“Kalau nak ubah pun tak banyak cuma the material (jenis kain digunakan), rekaan tetap sama.

“Tapi saya sendiri suka rekaan yang klasik.. barulah kemas dan handsome,” ujarnya tertawa.


IG

Tampil dengan rekaan menarik serta inovasi teknologi Pesak Ventech, baju melayu AL Sports x Iktikaf Alif ini didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit.

Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu yang boleh didapati pada harga RM169 sepasang.

Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ia hadir dalam versi rekaan regular fit dengan harga RM129 sepasang.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top