Insidendiserang menggunakan cota besi di bahagian kepala merupakan pengalaman paling trauma buat pasangan Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose. Kejadian yang berlaku pada 12 Mac lalu di sebuah expo di Singapura itu menjadi pengajaran mendalam buat Kamal dan Uqasha untuk lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Menerusi sebuah video dimuat naik oleh Aprena Manrose, mereka sekeluarga dilihat sedang berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga lain termasuklah, Oktovia dan Nelydia Senrose. Dalam video berkenaan, keadaan Kamal dilihat semakin sihat dan sembuh seperti sedia kala. Video tersebut disunting dan dimuat naik dalam akaun TikTok turut meraih perhatian ramai yang meluahkan rasa syukur atas kesembuhan Kamal. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur selepas melihat Kamal yang kembali ceria dan tampak sangat sihat.
Memetik laporan Media Hiburan, Nelydia memaklumkan keadaan Kamal semakin pulih dan Uqasha juga telah memulakan pekerjaannya namun akan sentiasa ditemani. “Alhamdulillah. Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu. “Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar,” ujarnya. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT