CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

60 Pelajar MRSM Keracunan Sejak Isnin Lalu Disebabkan Ayam Masak Merah Dah Berbau

5-4-2023 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3018| Komen: 13

60 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik yang menerima rawatan akibat keracunan makanan sejak Isnin lalu dipercayai berpunca daripada ayam masak merah di dewan makan yang sudah berbau.

Pelajar terbabit didapati mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, muntah, dan sakit kepala sebelum kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar oleh pasukan perubatan mobil dengan tiada antara mereka dirujuk ke hospital.


Gambar hiasan

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A Sivanesan, berkata kejadian keracunan makanan itu dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak oleh warden bertugas kira-kira jam 11.30 pagi Isnin lalu sebelum notifikasi berkaitan kejadian diterima oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Negeri Perak jam 11.38 pagi semalam.

Sivanesan berkata, verifikasi dan siasatan awal yang dibuat oleh PKD Hulu Perak mendapati seramai 60 pelajar terdiri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bergejala.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati menu ayam masak merah yang dimakan ketika berbuka puasa pada

Ahad lalu, disyaki penyebab kepada insiden keracunan terbabit.

"Temubual dengan pelajar mendapati masakan ayam itu sudah berbau semasa dimakan, justeru disyaki bahawa ayam mentah sudah rosak sebelum dimasak memandangkan baunya tidak menyenangkan.

"Onset terawal dilaporkan pada jam 8 malam, hari yang sama (Ahad) dan onset terakhir adalah pada jam 7 pagi keesokannya," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.


Sidang Media oleh Sivanesan berkaitan kes keracunan makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik. - Foto NSTP/L Manimaran

Menurutnya lagi, 10 sampel klinikal sudah diambil dari dapur dewan makan asrama terbabit bagi dianalisa, selain arahan penutupan selama tiga hari dikeluarkan terhadap pengurusan dewan makan berkenaan mengikut Akta Makanan 1983 bagi tujuan pembersihan.

Pada Januari 2018, media melaporkan seramai 34 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik, terpaksa menerima rawatan apabila dipercayai mengalami keracunan makanan.

Kata Sivanesan lagi, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu keracunan makanan membabitkan pengusaha yang melakukan kesalahan berulang.

"Saya pernah beri amaran kepada sebuah MRSM lain di negeri ini yang juga berlaku isu keracunan makanan sewaktu menjawat sebagai Exco kerajaan negeri pada tahun 2018, di mana jika kesalahan berulang maka kontrak pengusaha itu akan dibatalkan serta-merta.

"Ya, bukan kuasa saya (membatalkan kontrak) tetapi saya sebagai Exco, akan minta Jabatan Pendidikan untuk ambil tindakan segera bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Tiga hari penutupan sahaja tidak cukup. Jadi saya akan melawat MRSM Gerik dalam dua ke tiga hari ini kemudian akan bentangkan dalam mesyuarat Exco dan minta (pandangan) apa tindakan bersesuaian," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 5-4-2023 01:55 PM
Semoga semuanya selamat dan dalam keadaan sejahtera
Quote otai_g 5-4-2023 02:07 PM
Kantin pun x kan la x de rasa Kelainan pd ayam tu sblm masak?
Quote Suchi 5-4-2023 02:16 PM
Adoi jenuh la berebut toilet kat hostel

Sian bebudak ni lelagi yg form 1 tu baru je nak sesuaikan diri tak memasal je.
Ayam tu terdedah lama kat luar sblm masak kan?
Iols penah kena keracunan mknn kat kenduri kawen jiran dekat umah mil.amik sikit je lauk kurma ayam tuk suap anak sekali.
Lauk panas2 lak tu baru masak, disyaki ayam tu dah terbiar lama kat luar baru masak.
Ayam ni nak masak baru kuarkan dr chiller takleh dibiarkan lama atas sinki ke apa.
Quote Nana_Man 5-4-2023 02:37 PM
Kadang2 yg tukang masak atau pengedali makanan tak particular dgn food safety. Kesian budak2 ni. Semoga cepat sembuh. Nasib takde yg meninggal.
Quote KamikuP 5-4-2023 02:43 PM
Bahaya ni boleh bawak maut sebab ada salmonella kat ayam tu
Quote shi_jewel 5-4-2023 02:50 PM
tapi menu hari2x diorang sedap sedap je i tengok...
Quote cikatilia 5-4-2023 03:04 PM
seksa wei keracunan makanan ayam masak merah..
boleh maut..
Quote rogayahtop 5-4-2023 07:13 PM
Risiko beranak penat2 hantor anak masuk sekolah asrama. Nasib tak meninggal kalau tak mcm2 la excuse makbapak.
Quote miszclassique 5-4-2023 07:18 PM
Mrsm i dulu pun pernah student keracunan, beramai ramai tercirit ye rasanya tahun 2011 tahun pmr... Yang penting tarikh 8.8, nostalgia betul beratur semua kat tandas masa kt bangunan akademik.. Menu ayam percik

Tapi macam tak kena report sampai gini... Elok la report, boleh mati wei walaupun dgr macam simple je keracunan
Quote asmurai 5-4-2023 07:35 PM
Patut terminate contract vendor pengendali makanan ka  ng tin/dewanmakan tu
Quote MsKathryn 5-4-2023 08:17 PM
Jgn main2 dgn keracunan makanan ni
Quote Lagubestbest 5-4-2023 08:21 PM
shi_jewel replied at 5-4-2023 02:50 PM
tapi menu hari2x diorang sedap sedap je i tengok...

haha dulu2 ingat lagi operator mess hall awal2 dapat kontrak cornetto tiap2 hari seminggu. lepastu sama je mcm operator lama bege patty kerat dua sos seciput.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.088946 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top