CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tanggung Derita 18 Tahun Ditinggalkan, Sampai Sekarang Ibu Tak Pulang-Pulang

5-4-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4634| Komen: 14

Permatang Pauh: Seorang lelaki, Mohd Asrul Jaya tidak teruja untuk menyambut hari kelahirannya pada tanggal 30 Januari kerana ia juga tarikh yang menjadi titik hitam dalam kehidupannya.

Pada tarikh itu, ibunya, Nor Salmi Tando, 48, meninggalkan dia; bapanya, Jaya Mohd Nayan, 52, dan dua adiknya untuk pulang ke kampung halaman di Jawa Timur, Indonesia.


Hingga kini, sudah 18 tahun berlalu, wanita itu masih hilang tanpa khabar berita. Ketika pemergian Nor Salmi pada 2005, Mohd Asrul, 28, berusia 10 tahun.

Foto: Harian Metro

Mengharapkan dapat bertemu mata dengan insan melahirkannya, Mohd Asrul gembira apabila menerima maklumat ibunya masih hidup dan kini menetap di suatu kawasan di Jawa Timur.

Katanya, petunjuk yang hadir pada Ramadan ini sangat bermakna untuknya dan ia diperoleh hasil bantuan seorang tukang rumah warga Indonesia yang berkongsi pencariannya di media sosial hingga mendapat perhatian warga republik itu.


"Minggu lalu, abah ada minta bantuan seorang tukang rumah warga Indonesia yang kebetulan membuat kerja ubah suai di rumah nenek di Kuala Nerang, Kedah, untuk bantu mencari emak.

"Tukang rumah itu kongsi gambar di laman sosial dan mendapat perhatian seorang ketua kampung dikenali Pak Juari yang mendakwa mengenali emak.

"Saya juga sudah berhubung dan membuat panggilan video dengan Pak Juari malah berdasarkan kisahnya, saya yakin individu dimaksudkan memang emak.

"Cuma, ejaan namanya saja ada berbeza sedikit dan berdasarkan rakaman video dikongsikan kepada saya, emak nampak susut berbanding dulu dan katanya ada masalah kesihatan mental," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd Asrul, Pak Juari memberitahu ibunya berkeadaan demikian kerana mengalami tekanan selepas pulang ke Indonesia, dan wanita itu berhasrat kembali ke Malaysia namun tertangguh kerana tanggungjawab menjaga ibunya.

"Saya dimaklumkan emak perlu menjaga nenek yang buta sebelah mata dan uzur, memandangkan tiada siapa boleh diharapkan selepas adiknya keluar daripada rumah.

"Kiranya emak tersepit dan akhirnya pilih untuk menjaga nenek. Bagi melupakan kenangan, emak bakar gambar kami yang dibawa bersama," katanya yang memberitahu dia serta adiknya tidak tahu akan berpisah dengan Nor Salmi hingga dibawa ke jeti tempat wanita itu menaiki kapal untuk pulang ke Indonesia.

Katanya, Nor Salmi pulang ketika kerajaan Malaysia mengadakan program bantuan menghantar warga Indonesia pulang ke negara asal dan dia kesal apabila tidak sempat mencium dan memeluk wanita itu buat kali terakhir.

Mohd Asrul berkata, pernah bertanya bapanya mengenai punca ibunya meninggalkan mereka, namun tidak diberitahu alasannya ketika itu.

"Saya ada tanya abah, abah jawab mak pergi sekejap saja dan akan balik semula ke sini. Ketika awal perpisahan dulu, ada juga kami berhubung tetapi sekejap saja.

"Selepas telefon abah hilang dan dia menukar telefon baru, kami terputus hubungan dengan emak kerana tiada nombor telefonnya.

"Lagipun, abah tidak pernah berjumpa keluarga dan saudara-mara emak di Indonesia sejak berkawan hingga berumah tangga, jadi tak dapat jejak ibu...setakat tahu daerah asalnya," katanya.

Sejak pemergian Nor Salmi, kehidupan Mohd Asrul berubah kerana perlu berdikari dan belajar menguruskan diri serta dua adiknya ketika bapa keluar mencari rezeki.

Katanya, dia dan dua adiknya pernah dijaga datuk dan nenek selain ibu bapa saudara dan kini ibu tiri apabila bapanya berkahwin lagi.

"Selepas emak tiada, saya perlu belajar masak nasi, bantu uruskan adik dan berdikari dalam banyak perkara.

"Sampai nak masuk asrama dan universiti pun, saya uruskan sendiri kerana kami bukan orang senang. Mujur cikgu di sekolah banyak membantu.

"Saya tak salahkan abah kerana dia perlu uruskan tiga adik termasuk seorang lagi hasil perkahwinan keduanya," katanya.

Mohd Asrul berkata, dia pernah berikhtiar mencari ibunya selepas tamat sekolah dengan meminta bantuan rakan dari Indonesia ketika menuntut di universiti tetapi tidak berhasil.

"Sampai satu tahap, saya pernah beranggapan emak sudah tiada dan sedih kerana tiada pusara. Jika orang lain ke pusara setiap kali Syawal untuk berdoa dan baca Yasin, saya juga buat yang sama (berdoa) tetapi saya berdoa untuk emak yang tidak berpusara," katanya.

Walaupun hampir dua dekad terpisah, Mohd Asrul tidak akan berputus asa dan bercadang untuk ke Indonesia pada akhir tahun ini jika benar wanita dikatakan ketua kampung itu adalah ibu kandungnya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 5-4-2023 12:02 PM
sedih kecik2 dah ditinggalkan
Quote mamajawie 5-4-2023 12:36 PM
Edited by mamajawie at 5-4-2023 12:38 PM

nasib baik la berjaya membesar dengan sihat..perangai ummah leluhur ni tau beranak cam tikus tapi anak2 terpinggir..seb baik la pak joko marang kerapu marang shippuden x ikut perangai bini gi tinggalkan ank2 dorang tu..
Quote sarahmirza 5-4-2023 12:54 PM
Kat Msia pun dah start mcm indon jugak.... isteri/mak tinggal suami/anak sebab nak jadi nurse kat saudi....
Quote hokeypokey 5-4-2023 01:01 PM
sedihnye cerita.. tersepit dgn keadaan.. hp plak hilang..
Quote cmf_premierleag 5-4-2023 02:05 PM
Sedihnya..semoga pencarian kamu akan berakhir dgn berita gembira dan semua urusan dipermudahkan
Sbb tu kita jgn terus lekas hukum sapa2 sbb kita x tahu apa yg dia dh lalui dlm hidup dia ni...semuanya kene uruskan sendiri dr kecik lg kene berdikari
Quote Supersirap 5-4-2023 02:26 PM
Semoga dipermudah segala usaha pencarian ibunya itu ya
Quote dekmieDandy 5-4-2023 02:27 PM
sarahmirza replied at 5-4-2023 12:54 PM
Kat Msia pun dah start mcm indon jugak.... isteri/mak tinggal suami/anak sebab nak jadi nurse kat sa ...

sepupu aku camtu la dulu

balik sini terus jadi orka wei, terus hilang slang kelate pastu stay KL

siap boleh cuti setahun, pastu baru masuk kerja balik jadi nurse kat hospital swasta
Quote ifanonline 5-4-2023 02:28 PM
risiko menikah warga asing, baik lelaki mahupun perempuan
Quote naina 5-4-2023 10:13 PM
Laaa kenapa nak tunggu lahir tahun
Indon sebelah negara je
Cepat² kumpul duit terus carik mak selagi masih ada tu
Quote HappyGumbira 5-4-2023 10:31 PM
kesiannya mak dia mesti rindu sangat dekat anak2 sampai jd mental
Quote DARSITA 6-4-2023 05:55 AM

Tak apa dik ... kira adik dah terlepas dari melakukan dosa kategori derhaka kpd emak kandung.

Quote lattehazelnut 6-4-2023 06:16 AM
Dah mmg typical indon suka beranak merata anak bersepah,.
Bukan menda baru pun..
Quote bottombikini 6-4-2023 08:18 AM
mati dah kot

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061825 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top