CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Balik Mengaji Maut Jatuh Bangunan

5-4-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3852| Komen: 3

Dentuman kuat membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, Selasa malam.

Insiden terbabit disedari penduduk setempat kira kira jam 7 malam.


Gambar hiasan

Difahamkan, kanak-kanak warga Somalia itu baru selesai menghadiri kelas mengaji di Blok A kondominium berkenaan.

Namun, ibu mangsa berasa cemas apabila gagal menemui anaknya ketika hendak menjemputnya pulang ke rumah.

Hasil pencarian, ibu mangsa menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya dekat Blok B.

Kedua-dua anak beranak itu dipercayai merupakan warga Somalia dan pemegang Kad UNHCR (Agensi Pelarian PBB) sejak 2017.

Difahamkan polis turut menemui beg sandang mengandungi al-Quran di tingkat 4 berhampiran tangga dekat Blok B.


Kenyataan media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur akan dikeluarkan dalam waktu terdekat. 


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Oroi8887 5-4-2023 11:53 AM
aduhai kesiannya dia
Quote Supersirap 5-4-2023 02:26 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.341929 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top