CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Tak Boleh Bagi Banyak, Bagi Sikit Sebab Kami Nak Beli Kurma Untuk Rakyat Miskin' - Shahidan

5-4-2023 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4009| Komen: 12

Isu berkenaan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sekali lagi menjadi topik hangat dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan perkara itu ketika mencelah ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.


Katanya, soalan itu ditanyakan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail apabila menyatakan boleh bertanya apa sahaja soalan kepada Perdana Menteri jika Ahli Parlimen Tambun itu berada di Dewan Rakyat.


FB

“Ahli Parlimen PH (Pakatan Harapan) hari ini balik gembira sebab dapat peruntukan RM800,000. Kami tak dapat apa-apa. Jadi, saya minta kepada Perdana Menteri tolong bagi penjelasan, kalau tak boleh bagi banyak, bagi sikit sebab kami nak buat beli kurma buat rakyat miskin,” kata Shahidan.

Mendengar pertanyaan itu, Anwar menjawab kelulusan mengenai perkara itu telah pun dibuat sebelum ini.


Katanya, timbalan beliau, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai pasukan yang mengurus berhubung perkara itu meminta pembangkang mengadakan untuk mengadakan rundingan sekiranya mahu kelulusan diberi mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, jika pasukan itu tidak bersedia, kelulusan itu akan ditangguhkan.

“Saya sudah sebut di sini (di Dewan Rakyat) kelulusan telah diputuskan cuma Timbalan Perdana Menteri Petrajaya mengetuai pasukan dan minta supaya pembangkang mengadakan rundingan tentang parameters diluluskan.

“Apa masalah dia, kalau mereka (pembangkang) tidak bersedia (untuk berunding) mereka kena tanggung. Saya sudah beritahu kepada Kubang Kerian (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pun begitu.

“Sudah ada kelulusan dan biar ada rundingan kerana ini juga perkara yang dilakukan dulu oleh Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan). Sebelum itu tiada kelulusan untuk berbincang (ketika era Kerajaan Perikatan Nasional),” katanya.

Terdahulu sebelum ini, media melaporkan, Anwar bertegas untuk tidak pernah menolak prinsip bagi memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang namun ia perlu dimulakan dengan proses rundingan.

Tindakan itu selari dengan amalan dipraktikkan kerajaan yang diterajui bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-4-2023 12:12 PM
halla halla.. nanti bila dah dpt....
kotak poster aje meriah. isi dlm kotak sedehhhh
Quote harkktuih 5-4-2023 12:17 PM
konon beli kurma..ujung2 bergambar jer, bijik kurma pun rakyat x dpt...
Quote pokokmeranti 5-4-2023 12:22 PM
nak print muka letak ka kotak ke?
Quote ayukpingu 5-4-2023 12:28 PM
kurma yang pak Arab derma tu dah sampai kat msia ke??
Quote Thunderclouds 5-4-2023 12:30 PM
Dok derma kurma bolan posa smpai xterabih nk mkn ujung² tbuang.
Tiap tahun pn mcm tu.
Org miskin nk mkn nasik lauk sedap bukan pelahap kurma.
Quote Suchi 5-4-2023 12:31 PM
Sapa je yg beria nk mkn kurma? Dah nak raya dah pun.
Iols puasa ni tak jamah pun kurma sbb manis sgt.
Quote Samerosie 5-4-2023 12:34 PM
Dah nak masuk separuh bulan syawal eh silap ramadan baru nak tanya pasai kurma.  Rakyat miskin tak heran kurma2 ni better lah bagi groceries boleh la depa beebuka or raya sedap sikit.
Quote aHoi83 5-4-2023 12:35 PM
ayukpingu replied at 5-4-2023 12:28 PM
kurma yang pak Arab derma tu dah sampai kat msia ke??

Tgh salin kotak muka menteri mungkin
Quote Samerosie 5-4-2023 12:36 PM
Thunderclouds replied at 5-4-2023 12:30 PM
Dok derma kurma bolan posa smpai xterabih nk mkn ujung² tbuang.
Tiap tahun pn mcm tu.
Org miskin nk ...

Kurma pulak beli hat paling murah package berulat ke keras kejung sbb dah lama.
Quote tripleid 5-4-2023 01:09 PM
Sian org Arau nak beli kurma pun tak mampu

..tu la sape suruh undi MP bodoh, kan dah miskin
Quote pinkpunk 5-4-2023 01:19 PM
aritu dgr kt radio, kerajaan arab bg kurma time bulan pose, mana kurma tu pi??

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038294 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top