CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1.3 Juta Dari 3 Juta Pelajar IPT Kena Kerja Cari Duit Sendiri

5-4-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4457| Komen: 27

Kira-kira 1.3 juta daripada lebih 3 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara terpaksa melakukan kerja sambilan semata-mata untuk menampung keperluan hidup selain bagi tujuan membayar yuran pengajian dan sewa rumah.


Rata-rata daripada pelajar berkenaan mengakui, mereka juga perlu mengorbankan masa rehat terutama pada waktu malam dan hujung minggu untuk mencari pendapatan sampingan.


RAMAI pelajar universiti menjadi penghantar makanan semata-mata untuk menampung keperluan hidup dan perbelanjaan mereka sepanjang bergelar mahasiswa. – GAMBAR HIASAN

Antara pekerjaan sambilan paling popular yang dilakukan oleh pelajar universiti ketika ini adalah sebagai penghantar makanan selain bekerja di restoran-restoran makanan segera dengan kadar upah serendah RM8 sejam.

Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangasaan (MPPK), Muhammad A’linur Ahlam Abu Bakar berkata, melakukan kerja sambilan seperti sudah menjadi satu keperluan dalam kalangan pelajar universiti bagi memastikan mereka mampu bertahan dalam situasi ekonomi mencabar dan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.


Katanya, rata-rata golongan ini memerlukan pendapatan tambahan sekitar RM1,000 sebulan untuk membiayai pelbagai kos penting sepanjang bergelar pelajar.

“Ia bukan sesuatu yang pelik apabila ramai pelajar universiti bekerja sambilan dan mereka akan melakukan apa sahaja demi mencari duit tambahan.

“Ada sesetengah siswa datangnya dari keluarga susah dan sudah pasti mereka tidak mahu mengharapkan duit dari keluarga semata-mata.

“Mereka perlu berdikari dan bertanggungjawab mencari duit poket sendiri.

“Bagi pelajar lain pula, mereka merasakan duit pinjaman atau biasiswa yang diperoleh tidak cukup untuk menampung ke­perluan harian terutama yang berada di bandar-bandar utama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.


Tanggungjawab sebagai pelajar institusi pengajian tinggi kini tidak hanya menuntut ilmu semata-mata, malah ada dalam kalangan mereka melakukan kerja sambilan bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian. – GAMBAR HIASAN

Menurut Muhammad A’linur, sebagai contoh di Universiti ­Utara Malaysia (UUM), sekitar 60 hingga 70 peratus daripada kira-kira 30,000 pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda melakukan kerja sambilan setiap hari ataupun pada hujung minggu.

“Jumlah ini termasuk mereka yang berniaga secara kecil-kecilan. Ada yang menjadi ‘dropship’ kepada pelbagai produk. Ada juga yang menawarkan perkhid­matan mencuci kasut sebagai kerja sampingan di dalam kampus.

“Bergelar pelajar ini bukan semata-mata perlu bayar yuran belajar, tetapi perbelanjaan untuk hidup seperti duit minyak ken­deraan, duit makan, kos membeli buku dan alat tulis.

“Tidak dinafikan, kos hidup sebagai mahasiswa ketika ini sangat perit dan mereka juga perlu berjuang agar tidak keciciran daripada menghadiri kuliah,” ujarnya.

Paling menyedihkan kata beliau apabila trend ‘meminjam’ dalam kalangan siswa seperti sudah menjadi kebiasaan terutama melibatkan pinjaman kewangan dari rakan-rakan.

“Kalau di universiti ini istilah ‘meminjam’ itu jadi satu kebia­saan dan bukan setakat me­minjam daripada rakan, malah ada yang tebal muka untuk meminta bantuan daripada pensyarah,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad A’linur mencadangkan agar kerajaan bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperbanyakkan peluang pekerjaan sambilan di dalam kampus untuk membantu golongan mahasiswa menjana pendapatan sampi­ngan.

“Jika bekerja di luar kampus, kosnya mungkin agak tinggi terutama melibatkan perbelanjaan minyak kenderaan dan tol.

“Satu lagi, pastikan gaji yang ditawarkan setimpal dengan keperluan semasa, sebab setahu saya ada pelajar universiti yang hanya dibayar RM3 bagi setiap jam,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-4-2023 02:23 PM
kesian generasi sekarang dan akan datang

budak kawasan Iols pun ramai pilih bekerja lepas SPM, tak nak sambung belajar. jawapan diorang, abang kakak diorang grad, cgpa cantik pun, hujung2 keja gaji minima.
Quote Skuau 5-4-2023 02:28 PM
RM8 tu 'SE...RENDAH' ke??? Bukan patut guna paling tinggi ke??? indon,bangla tada masalah pung....
Quote ifanonline 5-4-2023 02:30 PM
life is tough, need to adjust accordingly...bukan selamanya kerajaan akan beri bantuan
Quote harisbee 5-4-2023 02:31 PM
tunggula nanti  kerajaan madani plan nak buat pendidikan percuma/rahmah
Quote Simunggu 5-4-2023 02:49 PM
kasian..yg paling aku heran tak ada sijil boleh pegang jawatan tinggi...yg ada sijil tiada kerja...mcm mana ni? apa nak jadi negara kita ni?
Quote ninja boy 5-4-2023 04:16 PM
Menteri makanan
Quote Pajeri_Nenas 5-4-2023 06:33 PM
Dah lama la buat kerja part-time ni. Lg yg study TGH bandar
Quote Samerosie 5-4-2023 06:40 PM
Abis tu nak kena nanges ke dengar berita ini?  It has been done for decades, sampai kat melayusia jadi pilem tamil.
Quote lurve82 5-4-2023 06:42 PM
Eh hellooo. Acik ni dulu pun keje part time ngajo tuisyen. Walau ada scholar okek. Mana cukup nak pegi cikcur dkt wayg bowling top up bagai. Korg tahu tak dulu 1 sms 50 sen nok
Quote anony-mous 5-4-2023 07:06 PM
Simunggu replied at 5-4-2023 02:49 PM
kasian..yg paling aku heran tak ada sijil boleh pegang jawatan tinggi...yg ada sijil tiada kerja...m ...

Cth mcm mat sabu kn?
Quote anony-mous 5-4-2023 07:07 PM
Samerosie replied at 5-4-2023 06:40 PM
Abis tu nak kena nanges ke dengar berita ini?  It has been done for decades, sampai kat melayusia ja ...

Bkn sbb melayu, tp generasi stroberi. I pon buat part time masa belajar utk duit cikcur jgk
Quote Samerosie 5-4-2023 07:13 PM
anony-mous replied at 5-4-2023 07:07 PM
Bkn sbb melayu, tp generasi stroberi. I pon buat part time masa belajar utk duit cikcur jgk

Khuenz nak gi dating nak le baju baru...ini stoberi cap meri asik terpaling victim.  
Quote epal_putih 5-4-2023 07:19 PM
Hidup ni keras dik..
Alam belajar
Alam kerja...
Quote wirazam 5-4-2023 09:03 PM
PULANGKAN replied at 5-4-2023 02:23 PM
kesian generasi sekarang dan akan datang

budak kawasan Iols pun ramai pilih bekerja lepas SPM, tak  ...

Kalau dpt keje lepas SPM esp keje gomen..ambik lar..bukan senang nak dpt keje gomen...
Quote jas7512 5-4-2023 09:03 PM
Bdk2 gen z ..yg lahir after 96 mmg gen yg sgt2 i menyampah..i ngajo dr bdk yg lahir in 1979 sampai skrg  gen z ni yg plg i nak bg penampo..eh org dulu pun berniaga sambil belajar..jual kek..nasi ayam burger sambil.aktif dlm persatuan dan xtvt kolej..time mgt beb...amalkan dan doa jgn lupa....lembik btl gen bbnu ni
Quote Tinot7 5-4-2023 09:35 PM
Kalau kos yg byk masa terluang, voley la keje part time.. hat yg mmg klas 8-5 lagu mana nak part time
Quote akies 5-4-2023 11:19 PM
Iols dulu asal cuti sem je keje part time dekat bukit bintang. Cari duit poket.
Kitaorg dulu2 pun sama juga cari extra money.
Quote putriTS 6-4-2023 12:03 AM
Aduh....bukan benda baru pun students keje part time ni. I dulu pun keje jugak masa long semester break sebab nak cari duit lebih. Boleh je taknak keje sbb Alhamdulillah, parents mampu tanggung tapi kita tetap la nak cari duit sendiri. Ramai jugak kawan2 yg dari family kurang mampu keje part time lepas kelas. Keje kat kedai fotostat la, keje mCD la, ajar tuition la....kenapa nak harap govt suap 100%?
sambung tertiary education ni adalah optional sahaja. Pandai2 lah kita nak hidup.
Quote mr_cool5885 6-4-2023 12:27 AM
Tunjuk bontot kat poster pun boleh jadi kabinet rumah watpe nak belajau lagi dik ade cara senang ikut je la..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top