CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sampai Seminggu Vape Nikotin Dihalalkan- Pelajar Sekolah Sawan, Muntah, Meracau, Hilang Kewarasan, Diserang Sakit Kepala

5-4-2023 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4207| Komen: 12

Kuala Lumpur: Sudah ada pelajar sekolah yang diserang penyakit sawan kesan pengambilan vape atau rokok elektronik (e-rokok), tidak sampai empat hari vape nikotin dihalalkan dijual kepada umum.

Perkongsian video di dalam laman sosial Facebook Public Health Malaysia, menunjukkan beberapa pelajar sekolah dengan bangga menghisap vape dengan memakai seragam sekolah.

Salah seorang pelajar sekolah terbabit kemudian dilihat mengurut bahagian dada manakala seorang lagi pelajar sekolah muntah di dalam kelas dipercayai kesan pengambilan nikotin vape.


Foto: Harian Metro

Salah seorang guru bernama Saifullah turut berkongsi kejadian apabila salah seorang pelajarnya meracau, bibir menjadi putih dan badan kejang seumpama sawan.

Menurutnya, dia yang panik kemudian segera memberikan bantuan kecemasan sementara menunggu ambulans.

"Selepas tiga hari kejadian, barulah pelajar terbabit mendedahkan ia berpunca tindakannya menghisap vape cendawan secara sembunyi di dalam tandas sekolah," katanya.


Kejadian sama turut dikongsi individu bernama Anis mendakwa salah seorang ahli keluarganya diserang sakit kepala melampau sebelum muntah tanpa henti.

"Mangsa kemudian merapu seperti hilang kewarasan sambil memegang kepalanya yang sakit. Apabila disiasat, dia mendakwa menghisap cecair vape perisa baru dari rakannya," katanya.

Seorang lagi nitizen turut melaporkan kejadian kemalangan maut dialami dua remaja selepas menghisap vape tahun lalu.

Public Health Malaysia sebelum ini menganggap tindakan membenarkan penjualan cecair nikotin vape sebagai sejarah hitam kawalan tembakau negara.

Badan kesihatan itu menyifatkan tindakan kerajaan mengeluarkan nikotin, yang digunakan dalam gel dan cecair untuk e-rokok dan vape, daripada senarai bahan terlarang di bawah Akta Racun 1952 sebagai kesilapan serius.

Jualan vape itu dihalalkan bertujuan mengutip cukai daripada cecair vape yang berkuat kuasa pada 1 April lalu di mana duti eksais pada kadar RM0.40 akan dikenakan bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Pengecualian nikotin daripada Akta Racun sebelum meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok akan menyebabkan kanak-kanak dan remaja mendapat akses tanpa halangan kepada produk vape yang mengandungi nikotin.

"Tindakan ini bertentangan dengan keputusan sebulat suara oleh Lembaga Racun yang berfungsi sebagai Penasihat Menteri Kesihatan dalam perihal Racun," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-4-2023 12:13 PM
tahniah YBMK
Quote kepompong 5-4-2023 12:18 PM
budak2 sekolah muda lagi… vape & rokok mmg akan effect pada saraf/otak
Quote zamzam 5-4-2023 12:26 PM
Eh apa tak ikut formula raja formula? Dah tau bahaya elakkan ambik vape.
Quote seripahzeripah 5-4-2023 01:09 PM
Vape mushroom tu bukan sejenih yg mengkhayalkan ke...kau akan fly high smpai ke bulan kan..
Quote dua_chzy 5-4-2023 02:57 PM
Ok je. Natural selection katanya.
Quote kucingitam 5-4-2023 03:02 PM
vape magic mushroom ke tu..
Quote krustykrab 5-4-2023 03:06 PM
Biarlah mati...hidup pun susahkn org keliling je
Quote otai_g 5-4-2023 03:10 PM
Ceh drama king je lbh. Abeh sblm announcement pun mmg ko da hisap vape. Lg mau memperbodohkan rakyat msia. Ahli umno blh la mkn.
Quote Sazreena 5-4-2023 04:08 PM
Sapbal lagi tenang dik..
Quote hmmlantakko 5-4-2023 09:01 PM
non berahim tak komen pape ke tindakan bodoh gadai masa depan anak muda malaysia ni? klu yg hisap vape bernikotin tu budak walanon ok gak, kurg sikit yg bebal
Quote juboqhang 5-4-2023 10:11 PM
Anak sendiri tak nak jaga suruh kerajaan jugak jaga. Jenuh la..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.279620 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top