CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Dipanggil Janda Menggeletis, Didakwa Menggatal Dengan Suami Orang Sebab Duit

5-4-2023 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5026| Komen: 7

Shakilla Khoriri mengakui ada individu yang cuba mendekati dirinya selepas berpisah dengan suaminya, Fizi Ali.

“Tipulah kalau saya cakap tidak ada orang yang datang untuk mengisi kekosongan… Ada tetapi kadang-kadang kita tak tahu jodoh Allah.


Foto: IG

“Di sisi saya tidak ada siapa-siapa yang spesial, saya tidak mengenali siapa-siapa… tunang orang ke suami orang ke, boyfriend orang ke tidak ada sebab saya tahu ramai orang cakap saya berkawan dengan suami orang,” katanya kepada mStar.

Shakilla tampil menjelaskan dakwaan yang menyatakan dirinya menempel dan menggatal dengan suami orang disebabkan duit dan mahu hidup senang.



“Sebenarnya, saya nak clearkan benda ini tidak ada ya. Berkawan, bekerja dengan ramai orang so tak boleh nak hukum saya. Ini saya nak marah tapi tak terluah di media sosial sebab isu ni sensitif tak boleh jatuh hukum terus dekat orang.

“Biasa lah janda menggeletis cari suami orang. Saya tak memerlukan orang lain sebab saya rasa saya dah go through banyak benda. Kalau saya nak cari pun, saya akan cari lebih pada bekas suami saya bukan saya nak menempah masalah dengan isu-isu yang berkaitan suami orang, hak orang apa semua… memang sangat sensitif,” jelasnya lagi kepada mStar.

Oleh itu, Shakilla meminta individu yang menuduhnya berbuat sedemikian untuk tampil dengan bukti.




“Kalau betul saya nak menempel dengan orang disebabkan duit nak hidup senang, saya rasa orang yang cakap macam tu sila tampilkan dengan bukti. Zaman sekarang kalau awak nak bercakap pasal seseorang awak kena tampil dengan bukti, kalau tak ada bukti awak better tutup mulut, jaga family, jaga diri, jaga hati masing-masing,” ujar Shakilla.



Untuk rekod, Shakilla berkahwin dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun mengumumkan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan tunggal, Nurul Ameena Sofia. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonela 5-4-2023 10:19 AM
tak ada angin masakan pokok bergoyang
Quote Purplehaz 5-4-2023 10:23 AM
Mesti she berhempas pulas nk cari yg terbaik lps bercerai yg ini.
Quote dudaberhias 5-4-2023 11:44 AM
yang ko layan komen2 fake account tu dah kenapa kak...

semua retis ni memang tak di ajar ke untuk who are yusss kan komen2...
seperti retis2 luar negara... masing2 macam tak cukup iq je macam si zarina sabut nyoq suka kena hempuk dan smackdown dek anak... dah la pulut kuning mahal secoet jah... celah gigi je makan...

Quote jiwakacau06 5-4-2023 12:02 PM
moonela replied at 5-4-2023 10:19 AM
tak ada angin masakan pokok bergoyang

ex laki sndri yg pecah lubang......
Quote vanillaninja 5-4-2023 02:32 PM
Sheols ni memang sejenis suka tulis caption panjang2 ke.
Quote totokreturn. 5-4-2023 03:11 PM
semoga cepat bertemu jodoh, amin
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 04:09 PM
Dulu bkn main sedih bila fizi Ada gf baru

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.030396 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top