CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kembali Bersama Dengan Bekas Suami? Yasmin Hani Jawab, "Saya Tak Boleh Cakap Tidak"

5-4-2023 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5021| Komen: 8

Andai ditakdirkan untuk kembali bersama dengan bekas suaminya, Shahrin Mohammed Razali, Yasmi Hani kata, “Saya rasa ia magik kalau jadi”

Menurut Yasmin, jika perkara tersebut terjadi, ia mungkin sudah berlaku dahulu dan tidak teragak-agak untuk berkata ya.


Foto: IG

“Dia (bekas suami) mungkin dah ada pasangan, saya tak pasti. Saya sudah ada pasangan tapi tak tahu sejauh mana lagi.

“Kalau kata dia nak jumpa dengan saya semula, saya rasa dah lama ia boleh berlaku tapi tidak.

“Jika berlaku pada masa hadapan, saya takkan tahu, saya tak boleh cakap tidak sebab saya pernah mengenalinya dahulu dan saya setuju membawa dia ke dalam hidup saya dan begitu juga dia,” katanya kepda Hlive.



Tambah Yasmin, dia tidak mengiyakan ataupun menafikan sekiranya dia dan bekas suami kembali bersama sebagai suami isteri di masa akan datang.

Namun, dia tetap mahukan yang terbaik buat anak-anaknya biarpun berdepan episod gagal dalam perkahwinan.



“Kita tak boleh mengiyakan ataupun menidakkan tapi sekarang ini jika terlintas di fikiran mungkin dahulu, tapi sekarang ini saya tak tahu.

“Kami mahu terbaik untuk anak-anak kita sebagai pandangan saya sebagai seorang ibu dan wanita, saya telah gagal dalam perkahwinan tapi saya dan dia tak mahu gagal sebagai ibu bapa juga,” ujarnya.




Untuk rekod, Yasmin dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 2015 dan sah bercerai pada Disember 2021.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Sumber: Hlive!/ XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 5-4-2023 09:49 AM
So, dengan bf yg datang makan ayam kat rumah dia tu macam mana? Siap bibik cari bila dia tak datang  
Quote beta_carotene 5-4-2023 09:59 AM
nape muka anak dia muka tua..
Quote lasagna 5-4-2023 10:07 AM
anak no. 2 tu muka ex asben. yg 1st byk muka sheol.
Quote arffa 5-4-2023 10:15 AM
x shuben dia dah ada awek, muda pulak tu.
Quote moonela 5-4-2023 10:20 AM
beta_carotene replied at 5-4-2023 09:59 AM
nape muka anak dia muka tua..

ingatkan mata iols salah tengok...
Quote cicicumel 5-4-2023 10:21 AM
Kecik hati bf she.. Bila nk kawin? Lama sgt couple
Quote dudaberhias 5-4-2023 11:33 AM
anak yang sorang tu macam sakit je...

btw kiranya bf heshe tu hanak hikan je lah yer?
untuk di lambung2 sampai ke syiling je...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.028174 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top