CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Curang, Hamilkan Kakak Kandung Isteri-"Sekarang Kami Berdua Hamil, Nak Berpisah Tapi Takut Tak Ada Duit"

5-4-2023 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4776| Komen: 14

Seorang wanita hamil  kecewa selepas dia mengetahui bahawa kakaknya menjalin hubungan terlarang dengan suaminya.

Lebih malang, wanita tersebut mendakwa kakaknya juga sedang berbadan dua, hasil daripada hubungan terlarang itu.


"Suami memberitahu saya bahawa kakak saya sedang mengandung anak kembar dan memohon ampun kepada saya.

"Suami mula memanjakan saya dengan hadiah, dia menawarkan untuk membelikan saya sebuah rumah, kereta baharu, apa sahaja yang saya mahu," jelasnya.


Gambar Hiasan

Wanita itu yang kesal dengan kejadian tersebut mengakui terfikir untuk berpisah, namun dia risau sekiranya bakal dihimpit masalah kewangan pada masa akan datang.

"Saya tidak mampu menanggung anak sendiri, suami yang menyumbang dari segi kewangan sejak saya berumur 20 tahun, saya tidak pernah bergelut sendiri, saya tidak pernah pergi ke kolej.


"Dengan suami, saya mendapat semua yang saya inginkan, saya mempunyai keluarga yang sempurna dan suami yang sempurna, rumah yang sempurna dan kehidupan yang sempurna.

"Kami mempunyai masalah kesuburan dan selalu mencuba untuk dapatkan anak. Kehamilan saya sepatutnya menjadi rahmat tetapi sebaliknya saya tertanya-tanya mengapa sekarang, mengapa selepas semua ini?

"Saya mengimpikan selama bertahun-tahun untuk ada zuriat dan tiba-tiba kecurangan ini berlaku," luah wanita itu lagi menerusi platform Reddit. -CARI

Sumber: mStar/ Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 5-4-2023 09:24 AM
Reddit lokal ka US punya ni?
Quote bakawali_04 5-4-2023 09:29 AM
cerita betul ke nie???
Quote prettyuglybabe 5-4-2023 10:04 AM
janji reputs capai KPI hari ni..
Quote _kelly 5-4-2023 10:14 AM
lepas tiktok, ig, fb, reputs cari kutip cerita kat reddit pulak..mungkin lepas ni boleh try forum knetz
Quote ctaz 5-4-2023 10:19 AM
berita tahap novel lucah pun boleh jadi brita kat isu semasa...
Quote otai_g 5-4-2023 10:29 AM
Momod tlng banned tt.
Quote Thunderclouds 5-4-2023 10:29 AM
Cita reddit jaman bila ni?
Quote kepompong 5-4-2023 11:01 AM
kat tered f.d sana tknk cedok berita jadikan isu semasa kah
Quote ninja boy 5-4-2023 11:23 AM
Ada kerja ada gaji
Quote xy_daen 5-4-2023 11:31 AM
Yang seketui ni memang lembam agaknya
Quote clarizsa 5-4-2023 01:51 PM
Masalah kesuburan tu kat dia je lah rupanya sbb kakak dia siap pregnant kembar lagi lepas kena hentam dgn laki dia
Bermadu je lah dgn kakak kau tu
Jijik lakinya haish
Kot ye gatai sgt pun carila ppuan lain boleh gak tambah bini
Quote PULANGKAN 5-4-2023 02:34 PM
ape gila thread reddit masuk isu semasa?
Quote Skuau 5-4-2023 02:49 PM
Cerita ini tidak ada kena mengena dgn ini negara....TETAPI...boleh difikirkan semasa berak.......mungkin boleh 'pelajari sesuatu drpnya'.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071976 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top