CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar Tiga Obses Dengan Satu Sama Lain- Pakai Sedondon, Tidur Bersama, Kongsi Coli Dan Seluar Dalam, Berikrar Tak Akan Kahwin

5-4-2023 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5013| Komen: 19

Tiga gadis yang dilahirkan sebagai kembar membina hubungan yang sangat rapat serta sejak lahir sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Berusia 27 tahun, Hannah, Katherine dan Nadia bukan sahaja obses antara satu sama lain, malah turut berkongsi banyak persamaan dalam hidup mereka.


Paling mengejutkan, mereka turut menjalani pembedahan plastik dan bercakap dalam bahasa mereka sendiri.


Foto: Daily Star

Selain itu, Hannah, Katherine dan Nadia suka berpakaian sedondon, tidur bersama dan berkongsi pakaian dalam mereka.

"Kami berkongsi coli, pakaian dan kasut," ujar trio itu menerusi siri realiti Extreme Sisters TLC.

Sesetengah orang mungkin menganggap obsesi mereka antara satu sama lain sudah melampaui batas tetapi trio itu mengakui selesa dengan cara hidup tersebut.

Sejak dilahirkan, ketiga-tiga mereka telah melakukan segala-galanya bersama-sama.


Mereka bercadang untuk terus berbuat demikian sepanjang hayat mereka, malah turut berikrar untuk tidak berkahwin.

Ketiga-tiga mereka turut berkongsi akaun Instagram yang sama. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 5-4-2023 10:44 AM
ala apa susah cari jelah lelaki suruh dia kahwin tiga serentak. kihkih
Quote areyam 5-4-2023 11:13 AM
rosedemon replied at 5-4-2023 10:44 AM
ala apa susah cari jelah lelaki suruh dia kahwin tiga serentak. kihkih

Kena cari yang betul2 kuat.... nnt tak terlayan.... 3 tu..
Quote miszclassique 5-4-2023 11:16 AM
Bercakap dalam bahasa sendiri tu macam mana
Terbayang macam alien bercakap pulak
Quote mdhelmi 5-4-2023 02:55 PM
sembang je tu
Quote vanillaninja 5-4-2023 03:29 PM
So kalau one of them mati, yang dua orang lagi tu akan bunuh diri?
Quote Jitu 5-4-2023 04:14 PM
Edited by Jitu at 5-4-2023 04:16 PM

muda lg memang la kata mcm tu
Quote genUmi 5-4-2023 07:05 PM
tunggulah hingga mereka berebut jantan, haha
Quote matchstick 5-4-2023 07:59 PM
Umur 27..rupa mcm 37..bayar la plastic surgeon tu mahal sikit nk kasi nmpk muda remaja
Quote green~tea 5-4-2023 08:15 PM
Narcissist trio
Quote sharlenetexas 5-4-2023 08:41 PM
Negara mana?

Quote gigahertz 5-4-2023 09:48 PM
rosedemon replied at 5-4-2023 02:44 AM
ala apa susah cari jelah lelaki suruh dia kahwin tiga serentak. kihkih

Walaupun islam.bagi laki kahwin 4
Tapi bukan 4 tu terdiri adik beradik
Melainkan kakak mati boleh kahwin dgn adik
Quote j3m4h 5-4-2023 10:17 PM
https://instagram.com/thecapassotriplets?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Quote j3m4h 5-4-2023 10:26 PM
sharlenetexas replied at 5-4-2023 08:41 PM
Negara mana?

US sis…sama dgn negara chuols khenz texas,trio ni duk kat staten island NYC…
Quote sukacactus 5-4-2023 10:31 PM
Muda lg br 27
Tunggu la skit ari lg ada la tu yg akn jatuh hati, masa tu br korang ada akal
Quote Tinot7 5-4-2023 10:54 PM
gigahertz replied at 5-4-2023 09:48 PM
Walaupun islam.bagi laki kahwin 4
Tapi bukan 4 tu terdiri adik beradik
Melainkan kakak mati boleh ...

Deme ni muslimah ka?
Quote Tinot7 5-4-2023 10:58 PM
j3m4h replied at 5-4-2023 10:17 PM
https://instagram.com/thecapassotriplets?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Awat bubis deme mcm belon nak hampir pechahm
Quote gigahertz 6-4-2023 06:17 AM
Tinot7 replied at 5-4-2023 02:54 PM
Deme ni muslimah ka?

Kalau dia bukan muslimah pun
Takde agama yang sanggup buat.
Quote Tinot7 6-4-2023 07:53 AM
gigahertz replied at 6-4-2023 06:17 AM
Kalau dia bukan muslimah pun
Takde agama yang sanggup buat.

Agama tak.. tapi ada jahh manusia wat cenggitu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043078 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top