CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Arwah Abam Menderita Disihir Sejak Bayi- Meracau Menangis Setiap Malam, Mulut Berbuih, Keluar Masuk Hospital, Pegang Sudu Pun Tak Larat

5-4-2023 09:08 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4812| Komen: 16|Original author: Saiful

Abang ipar Allahyarham Abam, Mohd Azmier Zmier mendakwa anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.

Azmier yang mesra disapa Ayah Jang mendedahkan anak adiknya Nor Hidayah itu disihir selepas Abam meninggal dunia pada Februari 2020.


Foto: IG


Dakwa Azmier disebabkan sihir yang dihantar individu tidak bertanggungjawab itu, Hamzah menderita termasuk diganggu setiap malam selain sering keluar masuk hospital.

"Banyak penderitaan kau buat pada Ucuk (panggilan Hamzah) aku sejak ayah dia meninggal dunia. Dari bayi kau sihir ganggu dia setiap malam.

"Sampaikan dia tak lena tidur, menangis sampai tertidur kau sihirkan. Dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sehingga Hamzah terpaksa keluar masuk hospital," katanya di Facebook.


Loading FB Post...

Azmier turut memuat naik video Hamzah yang tidak kuat memegang sudu ketika makan nasi.

Difahamkan doktor sendiri tidak mengetahui punca sebenar penyakit dihidapi Hamzah dan mendakwa individu terbabit ingin menghantar sihir dan merosakkan urat sarafnya.

Katanya lagi, dia tidak sanggup melihat keadaan Hamzah sehingga ada masanya mulut kanak-kanak berusia empat tahun itu berbuih.



"Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Sanggup buat pada budak macam ni. Sampai dah nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.

"Apa yang kau nak ya penyihir? Allah bersama aku, kau bermain dengan syaitan."

Katanya dia tidak pernah bercakap mengenai perkara itu secara terbuka disebabkan bimbang keadaan anak saudara kesayangannya itu bertambah parah disebabkan sihir.



Azmier turut mempersoalkan apa dosa anak kecil itu sehingga ada pihak sanggup membuat perbuatan syirik terhadapnya.

"Aku tak pernah update pasal Ucuk sebab takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi.

"Apa yang Ucuk buat pada kau? Apa dosa dia pada kau? Tergamak buat dia macam ini, aku tak sanggup tengok keadaan dia," ujarnya.




Sebelum ini Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan itu meninggal dunia.

Kata Hidayah, perbuatan sihir itu turut terkena kepada anak tunggalnya malah turut memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 5-4-2023 09:13 AM
video tu takde la nampak jelas sangat. tapi aku rasa kena check dgn pakar betul2 la. mungkin anak dia ni ada penyakit neuro. biasa bab neuro ni susah nak detect, kena buat macam2 test baru boleh tau punca
Quote OsHiN_hOnEy 5-4-2023 09:16 AM
masa arwah abam meninggal, hamzah kecil lagi
acik harap hamzah cepat sembuh
mohon usulkan pada doctor juga utk check hamzah
for neurological disorder
disamping berubatan secara islamik atau apa2 pun
kpd Allah kita berserah, insyaAllah ada ubatnya

please jgn overfed him
though it can be in his genetic to be big build
kawal permakanan dia selama mana he has not been diagnose with any ailments
Quote aammyy 5-4-2023 09:18 AM
taji2906 replied at 5-4-2023 09:13 AM
video tu takde la nampak jelas sangat. tapi aku rasa kena check dgn pakar betul2 la. mungkin anak di ...

Nampak mcm dia letak sudu mcm biasa ja. Neuro tu apa? Mcm down syndrome, autism gitu ke atau mcm penyakit sementara?
Quote OsHiN_hOnEy 5-4-2023 09:19 AM
mulut berbuih tu tanda sawan
and it can have long lasting effect on his nerve - susah pegang barang, contohnya
Quote AKAZ85 5-4-2023 09:22 AM
Selain berubat tradisional rujuk pakar jugak.. Takut ada efek lain ke.. Betul.. Jangan overfed anak tu.. Tengok badan hamzah tak tally dengan umur.. Kesian budak kecik kalau dah obese ni...
Quote Nana_Man 5-4-2023 09:26 AM
I agree ngan komen2 kt atas.. jumpa dok pakar. Get 2nd or 3rd opinion kalau bole. Kadang doktor yg kita jumpa tak terfikir untk buat tests kt neuro.
Quote taji2906 5-4-2023 09:27 AM
aammyy replied at 5-4-2023 09:18 AM
Nampak mcm dia letak sudu mcm biasa ja. Neuro tu apa? Mcm down syndrome, autism gitu ke atau mcm p ...

neurology = bab saraf dan otak. berkait rapat la dua2 part ni. susah nak detect kalau penyakit pelik2. contoh tangan tu katanya tak kuat angkat sudu, mulut berbuih. macam nampak simptom budak ni ada sawan. mungkin ada masalah motor neuron atau muscle dia ke.
Quote noor2 5-4-2023 09:32 AM
Kalau dari bayi...mmg bukan sebab sihirlah....Cuba pi hospital jumpa pakar
Quote tumpanglalu74 5-4-2023 10:11 AM
Cerite je dari awal.  Baru orang tak terpempan macam ni..

Quote helicornia 5-4-2023 10:16 AM
Org melayu ni obses betul bab sihir,penyakit misteri buatan org ye
Quote Purplehaz 5-4-2023 10:16 AM
noor2: Kalau dari bayi...mmg bukan se ...

Ya dari baby dah sakit kan.

Mulut berbuih , saraf ni ..sawan ni...mesti ada masalah saraf otak. Sbb anak jiran dulu ...umur 4 tahun obes dah kena stroke kat mulut, terpaksa antar kpj.
Ttg mlm jer kena tu, maybe mase nak tidur tu yg kne, ada jer penyakit bila mlm baru worst.
Quote Purplehaz 5-4-2023 10:20 AM
Why does epilepsy happen at night?

There are many theories as to why seizures happen during sleep. However, the exact reason is unknown. It is thought that excessive hypersynchronous activity in the brain during sleep may contribute. This may make a person with epilepsy more likely to have a seizure.
Quote OsHiN_hOnEy 5-4-2023 10:30 AM
sihir nyihir ni bukan takda
rampant oi, even dikalangan org barat yg berkiblatkan mistik2 ni
dari zaman Nabi Musa as dah ada kan?

dia gini, kita ni mmg kena percaya hal ghaib
tapi SEMUAAAAA benda yg tak kena, nak dikaitkan dgn tu pun TAK BOLEH
sebab kita ada Allah, kita kena tau apa pun yg belaku takkan terjadi
tanpa izin Allah, yg baik kita syukuri, yg tak baik anggap dugaan

case in point  1

in my immediate family
kencing tak lawas - to me can be be UTI, mostly cranberry juice can help
but kalo selepas treatment after 1 week at the very least
tengok umur, tengok lifestyle etc
go for further check up
perlu pergi ke hospital, dah tak boleh pergi jumpa panel klinik biasa
end up - diagnose with 2nd stage uterus cancer
syukur still early, though it escalate to 3rd stage
dgn chemo and the likes, now dah cancer free, alhamdulilah

case in point 2
sakit di kaki yg berlanjutan for a year
urut, sapu ubat panas, makan panadol, acu
tak baik2
so pergi jumpa pakar, desak doctor utk further check-up
tumor on the knee area
within few months
secondary lung cancer
now terminally ill

all of the above, initial stage
ingat ada org bomoh, ada org sihir
pergi cari 'ubat' sana sini
gatal2 di badan pun kata org sihir

pergi ruqyah bagai, tak pernah kata ada medical problem
biasa lar perawat cari makan, kalo semua dia htr gi hospital
mana nak dtg their income yer tak

padahal benda2 ni lar buat org selalu suudzon sesama sendiri
benda fitnah ni jgn main2 tau, kat akhirat bagi settle

set your mind to - minda skeptical all the time bila dgr sihir sihir
mcm org takda agama
Quote _blackbird 5-4-2023 10:34 AM
turn off aku bila sikit2 kaitan dengan sihir, sikit2 sihir. mentality tahap bawah tapak kaki
Quote dudaberhias 5-4-2023 11:37 AM
macam sawan je tu kalau mulut berbuih... kena pergi check dengan pakar...

tak di nafikan sihir menyihir pun ada dah si pembunuh bengkarung pun gigih dok tabur menabur benda kan siap penggal kepala binatang bagai...

dari gigih dok tabur garam dan daun limau purut... patutnya heshe tabur sekali serai, bawang holland, udang, sotong, sos ikan, lengkuas, dan akar ketumbar... buat tomyam terus....

Quote BellaThePrinces 5-4-2023 11:39 AM
bila kita tahu ada org bermusuh /dengki/busuk hati dgn kita...dia cam otomotik bila sakit lain sikit ... kena sihir ni....kena sihir ni...gitu..

apa2 pun smg dayah dapatkan pakar utk hamzah..check betul2 sementara masih kecik ni... one more thing..plis lah jgn bagi hamzah obes...tak rasa bsalah ke?...kesian anak...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087164 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top