CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Gambar 'Jem' Selepas Jalan Gua Musang Ditutup, Orang Pantai Timur Resah Nak Balik Raya -Berapa Puluh Jam Baru Sampai Ni?

5-4-2023 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6763| Komen: 53

PETALING JAYA – Beberapa keping foto yang menunjukkan keadaan trafik perlahan selepas jalan utama di Gua Musang, Kelantan ditutup tular di media sosial.

Menerusi laman Facebook Kawe Anok Klate, foto terbabit menunjukkan keadaan trafik yang sesak telah berlaku pada hari pertama penutupan jalan tersebut.


Sebelum ini, orang ramai terutamanya perantau yang bakal pulang pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 April nanti meluahkan kegusaran mereka untuk menghadapi ‘jem teruk’.


Foto: Kosmo

Jelas seorang perantau, Nik Koidin berkata, jika jalan tersebut tidak ditutup sekalipun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan boleh mencecah sehingga 16 jam.

“Tidak pasti kali ini berapa lama perantau akan berada dalam kenderaan mereka. Pelik kenapa tarikh ini juga yang dipilih untuk tutup jalan.

“Lagipun projek tersebut dah lama dijalankan, pilihlah satu tarikh yang sesuai,” katanya.


Seorang lagi pengguna, Mad Lutfi pula berkata, keputusan yang dibuat (tutup jalan) telah dilakukan oleh pihak berwajib dan bertanggungjawab ke atas laluan tersebut.

“Tak boleh nak sentuh, tak boleh nak komen sebab yang buat keputusan dan luluskan tu semua orang yang bijak pandai,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-4-2023 09:17 AM
Dulu ada yg terperangkap 24 jam nak balik beraya Kelate, kalau dah tutup jalan alamatnya raya ke-7 baru sampai sana. Salam mak ayah pastu balik semula ke Shah Aley.. ekekeke

Sewa le halikopter pasti pantas khuenzz
Quote shernazz 5-4-2023 09:31 AM
Takpe..setahun sekaleyyyy...
Syawal datang lagiikkk
Quote cikatilia 5-4-2023 09:45 AM
bukak la korg.. kesian diorg nak raya.. bila depa kat sana baru la tutup.. biar depa cuti lama2 sket..
lengang la shah aley
Quote zad78 5-4-2023 09:58 AM
Seronoknya Shah Aley lengang nanti nyah oiiiiiiii
Quote duku 5-4-2023 10:04 AM
nak tanya.. kalau turun dr lojing kena tak jalan yang ditutup tu.. tak sanggup bawa baby kecik redah jem lama2 ni..
Quote prettyuglybabe 5-4-2023 10:05 AM
sama ada shak aley jadi shah alam lama atau kekal shak aley sebab semua cancel balik raya
Quote Thunderclouds 5-4-2023 10:14 AM
Aku ada possibility xblk mana² kg thn ni.
FIL aku dh maklum tp aku lom ada kekuatan nk bgtau family sendri
Mak aku pesen xleh terima ank xblk beraya walaupn muka aku ni tiap bulan blk kg
Harap tok laki x kensel plan xblk raya thn ni.
Jaman kobit ritu tenang ja di hari raya
Quote rikiruj 5-4-2023 10:15 AM
Pasal jalan ni off-topic skit… jalan tun razak, jalan cheras taman desa nak masuk federal highway tu dah lebih 20 tahun tak habis work-in progress kena tutup lane etc.  Lepas satu selesai, datang lain projek pulak… habis buat lrt, buat overhead highway, habis tu buat mrt pulak, habis tu datang mrt2 pulak, baik settle yg tu nak buat lingkaran tah apekebenda pulak.. ye lah upgrade is good, tapi sampai berpuluh tahun jalan jadi sempit sebab work-in progress ni macam tak masuk akal jugak..
Quote Suchi 5-4-2023 10:22 AM
Edited by Suchi at 5-4-2023 10:25 AM

Serabut tul.. dah la selama ni jln jem pun sbb ummah kelate penuh atas jalan sbb tu start gombak sampai tol bentong jalan jem teruk udah kalau set mu pakat lalu LPT maka hadaplaa jem beratus km.
Biasa lepas tol bentong highway dah lapang dah.
Harap2 dorang balik awal laaa semua so time iols nak blk dah tak ramai.
Quote orkid_amani 5-4-2023 10:28 AM
Awai tak awai nak gerak balik pun sekolah last hari Rabu..ini dgn rumors kata raya Jumaat pulak confirm kereta penuh ats jln start hari Khamis tuu
Quote SedihPedih 5-4-2023 10:54 AM
bertabahla yang balik pantai timur..
Quote anony-mous 5-4-2023 11:32 AM
Apa cadangan korang? Agk2 sskjp balik bila? Xboleh ke buat laluan lain utk sskjp?
Quote sangbara2020 5-4-2023 11:49 AM
balik la awal seminggu
Quote nellyberry 5-4-2023 12:08 PM
Dok pikir org Shak Aley nak kelik raya je.
Org kampung Gua Musang tu, nak pegi kerja lalu jalan tutup tu lagi kesian.
Quote ifanonline 5-4-2023 12:09 PM
syukur KL lengang...hidup tanpa jem
Quote pokokmeranti 5-4-2023 12:20 PM
syawal kan 30 hari. balik la syawal ke-29. tak kan itu pun exco PAS nak kecek...
Quote kepompong 5-4-2023 12:33 PM
rikiruj replied at 5-4-2023 10:15 AM
Pasal jalan ni off-topic skit… jalan tun razak, jalan cheras taman desa nak masuk federal highway t ...

[youtube]4v7jAiMi72s[/youtube]
Quote shinyoung 5-4-2023 12:36 PM
Hrpnya sek sskjp ni sedar la kan.. Dh puluh tahun dh xde perubahan.. Mskdnya pas xreti nk memerintah.. Kita ni agama nk.. Pembangunan pn nak.. Biarla seiring barula lahirkan generasi yg bertamadun.. X gitu..

Bkn pe i pnh pg sana jalan2 cari mkn.. Ckpla skali sbb jauh giler nk smp..pastu pantai dorg mcm xterjaga.. I pg PCB mkn celup tepung xnmpk pantai.. Nmpk konkrit je sbb hakisan..

Pg terengganu terasa lg damai.. Blh x gitu.. Maaf ye ore kelate.. Jgn marah..
Quote Abot 5-4-2023 12:37 PM
Thunderclouds: Aku ada possibility xblk mana ...


Hahhaha aku ingt aku sorg je rase seronok beraya zaman kobid..rilek je beraya kt rumah ngn family..hahaha

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.090954 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top