KUALA LANGAT – Enam sekeluarga berduka apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kebun Baru Batu 10,Telok Panglima Garang petang semalam. Tragedi kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika seorang wanita bersama empat anak lelaki dan ibunya sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa di rumah mereka.
Bagaimanapun kesemua mangsa sempat keluar menyelamatkan diri dan kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil serta dua buah motosikal. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan 17 anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dan Andalas bergegas lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.15 petang. “Pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan rumah satu tingkat berstruktur kayu berkenaan hampir 95 peratus. Sebuah kereta dan dua motosikal di kawasan kediaman itu turut musnah,” katanya ketika dihubungi malam tadi.-CARI
Sumber: Kosmo
|
soptg replied at 5-4-2023 11:22 AM
innalillah..rumah keluarga sahabat saya tuu..
soptg replied at 5-4-2023 06:25 PM
Rumah sahabat saya..
ADVERTISEMENT