CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tikam Kekasih Hamil 40 Kali Guna Gunting Sampai Mati

5-4-2023 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4038| Komen: 7

LONDON – Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah menikam teman wanitanya yang sedang hamil sampai mati dengan menggunakan sebilah gunting. 

Mirror UK melaporkan, Ailish Walsh, 28, hamil 22 minggu ketika dia ditikam sebanyak 40 kali oleh Liam Taylor. 


Dia disahkan meninggal dunia selepas ditemui polis di pangsapurinya di London Timur pada 15 Disember 2022.


Foto: IG Tom Bowles

“Ailish adalah seorang wanita muda yang cantik dan menakjubkan, berusia 28 tahun, memiliki empat anak kecil dan bayi dalam kandungan,” kata rakan Walsh, Teresa Cannon.

Pada perbicaraan awal, pendakwa raya, Jane Osborne berkata: “Serangan itu amat kejam dan dilakukan ketika Ailish diketahui mengandungkan anak defendan (Liam).”

Bapa Ailish dilaporkan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Mayatnya pula ditutup dengan jaket manakala kad bank defendan turut berada di dalam poketnya. Sebilah gunting berlumuran darah turut ditemui di lokasi pembunuhan termasuk dua dumbel.

Kamera televisyen litar tertutup (CCTV) turut merakam Liam masuk melalui pintu ke bangunan itu.  Dia kemudian ditahan keesokan harinya.

Pada Isnin lalu, Liam mengaku bersalah atas pembunuhan Ailish semasa perbicaraan di Old Bailey. Penetapan hukuman terhadap lelaki itu akan berlangsung pada 10 Mei depan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 5-4-2023 08:36 AM
apa agaknya hukuman maksima bagi kesalahan membunuh dengan niat spt ini di sana
Quote copy_paste 5-4-2023 08:52 AM
zorrro_03 replied at 5-4-2023 08:36 AM
apa agaknya hukuman maksima bagi kesalahan membunuh dengan niat spt ini di sana

penjara je kot 10 tahun,xpun 20 tahun,tu je
Quote midori888 5-4-2023 08:58 AM
Mesti dendam nie sbb tu tikam smp 40x...crime of passion...
Quote zorrro_03 5-4-2023 08:59 AM
copy_paste replied at 5-4-2023 08:52 AM
penjara je kot 10 tahun,xpun 20 tahun,tu je

tak pastilah.  tapi bila sistem tidak lagi dipatuhi dan dianggap tidak membebankan.  manusia akan lebih berani dan sanggup menceroboh hak pihak lain tanpa takut.  
Quote makita 5-4-2023 09:14 AM
Ingat ayam gunting ke?
Quote tumpanglalu74 5-4-2023 09:48 AM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.374620 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top