CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Rugi Lebih Rm200,000 Terpedaya Dengan Panggilan 'Inspektor'

4-4-2023 08:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14172| Komen: 15|Original author: Tatod

Jururawat kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan panggilan yang menyamar sebagai pegawai polis antara November tahun lalu sehingga 1 April lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada November tahun lalu, mangsa berusia berusia 40-an berada di Tanah Merah dan menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa dia ada membuat tuntutan insurans.


Beliau berkata, mangsa pada mulanya menafikan perkara itu dan diminta membuat laporan laporan di Balai Polis Ampang.

Gambar hiasan.

"Mangsa sekali lagi mendapat panggilan kononnya daripada pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyatakan wanita itu mempunyai waran tangkap dan waran pembekuan harta kerana terbabit dengan kes jenayah.

"Mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi siasatan, namun diberi pilihan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan melalui panggilan telefon.


"Pada hujung November tahun lalu, mangsa pergi ke sebuah bank untuk membuat akaun baharu seperti yang diarahkan suspek kononnya bagi tujuan siasatan ke atas wang yang dimiliki mangsa.

"Mangsa diarah untuk mendaftar nombor telefon yang dimiliki suspek ketika membuka akaun bank itu.

"Sehingga Februari lalu, mangsa membuat pindahan wang dari akaun bank lain ke akaun bank baharu bagi tujuan jaminan diri termasuk dua pinjaman bank yang dibuat dalam tempoh sebulan berjumlah RM148,000," katanya ketika ditemui selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk kepada kakitangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob dan Pengurus Nestle Malaysia Cawangan Pantai Timur, Awang Abdullah.

Muhamad Zaki berkata, mangsa diarahkan supaya tidak membuat semakan ke atas akaun bank sepanjang tempoh siasatan.

"Pada jam 6 petang, 1 April lalu, mangsa membuat pemeriksaan akaun dan mendapati wang berjumlah RM207,000 tiada dalam simpanan sebelum membuat laporan polis.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: BH ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-4-2023 05:08 AM
Byk betul duit nurse ni
Quote noor2 5-4-2023 05:17 AM
Aku suka je melayan panggilan scammer...laki aku kata x usahla layan benda2 mengarut...yela berpuluh kali konon dari touch n go duk call aku konon ada bayaran tertunggak...ape ke bodoh punya scammer
Quote primarikey 5-4-2023 06:54 AM
Perawankota replied at 5-4-2023 05:08 AM
Byk betul duit nurse ni

Dia buat loan 2x noks...rm148k
Selebihnya tu duit smpnn kot
Kesian lps ni nk kena byr hutang
Quote shamsadis 5-4-2023 07:57 AM
hahahah aduhai
Quote Buritan 5-4-2023 07:59 AM
Perawankota replied at 5-4-2023 05:08 AM
Byk betul duit nurse ni

Mgkin jual tnh.. mgkin anak ong Kaye.. kalo duit koje jgn haraplaaa.. cukup mkn pakai je
Quote helicornia 5-4-2023 08:15 AM
Dh byk pendedahan psl scammer ni pun ada lagi yg kena tipu.klu makcik kg dok sorang tk Tau perkembangan semasa logik jugak
Quote mejaputih 5-4-2023 08:16 AM
Perawankota replied at 5-4-2023 05:08 AM
Byk betul duit nurse ni

Dia buat loan kan...
Quote chandrahusin 5-4-2023 08:23 AM
Kes kwn aku cerita lagi hebat
Mmg pegawai polis scam sorang pempuan ni idup2
Pempuan ajen takaful pandai becakap tp kena kelentong jgk
Duit simpanan semua habis. Polis tu kata dia duda anak kat ostolia ke mana ntah
Mintak tlg transfer duit
Jaga lagi mak lelaki smpai meninggal
Yg heran boleh plk 1 family tak ckp apa2 lelaki tu siap ada 2 bini
Quote supernaturalee 5-4-2023 08:26 AM
jenuh dh pesan

klu dpt kol yg pelik2, bukan2 tu
jgn dilayan
terus matikan kol

ni kelmarin dpt kol suara mesin psl tng tertunggak ape benda
mmg right away aku letak

Quote supernaturalee 5-4-2023 08:27 AM
chandrahusin replied at 5-4-2023 08:23 AM
Kes kwn aku cerita lagi hebat
Mmg pegawai polis scam sorang pempuan ni idup2
Pempuan ajen takaful pa ...

mmmm
jgn2 pnh bg gmbr bukan2 tu yg caye jek
nnt abg bagi katanye
yihhhhh




Quote sangbara2020 5-4-2023 08:29 AM
dpt bli rumah uolls...nak raya nih scammer cari duit nk alik apong
Quote kelip2_07 5-4-2023 10:22 AM
ape yg scammer tu bgtau dia agknye?mcm kwn aku scammer kata ade ade tunggakan tax..col dr lhdn..byk kali aku suh dia ltk..sbb dia dh tkt sgt..aku kata dh ko tau ko xde sssm xde company nape ko nk tkt?aduhhh xphm aku
Quote wirazam 5-4-2023 10:49 AM
Buritan replied at 5-4-2023 07:59 AM
Mgkin jual tnh.. mgkin anak ong Kaye.. kalo duit koje jgn haraplaaa.. cukup mkn pakai je

Nurse tu buat personal loan..mesti nurse gomen nih..senang dpt buat personal loan
Quote afie_m 5-4-2023 01:18 PM
banyak tu, simpati dgn mangsa2 scam ni...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048587 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top