Seorang penuntut universiti berusia 22 tahun didenda RM600 selepas didapati bersalah memuat naik pautan haram drama bersiri Projek: High Council milik Measat Broadcast Network Systems Berhad.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki pautan itu tanpa kebenaran di peranti miliknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Astro menerusi satu kenyataan berkata, laporan polis telah dibuat pada 14 Februari lalu.
"Telefon bimbit dan komputer riba miliknya telah dirampas dan tertuduh direman dua hari bagi membantu siasatan.
"Serbuan terhadap suspek telah dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 11 Februari," menurut kenyataan itu.
Sumber: GEMPAK
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My