CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bazar Pakaian Popular Bangladesh Terbakar

4-4-2023 05:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11145| Komen: 0|Original author: Tatod

Beratus-ratus anggota bomba dikerah ke ibu negara Bangladesh, Dhaka untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah pasar pakaian popular.

Kebakaran tersebut turut menyebabkan asap hitam menyelubungi kawasan kejiranan tertua di bandar itu, pagi semalam.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini tetapi pemilik-pemilik kedai dan pegawai bomba memberitahu bahawa pasar Bongo Bazar dan tiga kawasan komersial bersebelahan hampir musnah sepenuhnya.


“Kira-kira 600 anggota bomba sedang berusaha untuk mengawal kebakaran,” kata jurucakap bomba, Rakibul Islam sambil menambah bahawa kebakaran itu bermula sekitar waktu subuh.

Jurucakap tentera dalam satu kenyataan berkata bahawa sebuah helikopter tentera udara turut menyertai usaha memadam kebakaran.

Rakaman lokasi dari helikopter itu menunjukkan ratusan orang memerhatikan kebakaran dari jejantas berhampiran.

Pasar tersebut adalah destinasi popular untuk jenama fesyen Barat yang murah seperti Tommy Hilfiger serta menjual pakaian yang dihasilkan di kilang bandar itu, tetapi gagal memenuhi piawaian eksport.

Pemilik kedai yang kecewa memberitahu bahawa kebakaran itu menyebabkan mereka ‘jatuh terduduk’ menjelang Aidilfitri.

“Saya meminjam 1.5 juta taka (RM62,725) untuk membeli pakaian hari raya (untuk dijual). Saya telah kehilangan segala-galanya,” kata seorang pemilik perniagaan.


Sumber: KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.088320 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top