CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Serang Kamal Adli Tak Dibenarkan Diikat Jamin

4-4-2023 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4256| Komen: 7

Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.

"Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin," kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini.


Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.


Foto: IG

"Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei," kata Tan.

Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan "disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya".



Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwa raya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.

Tertuduh yang ditanya Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH mendapati dia "berkelakuan dan bertingkah laku baik."



"Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan," kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh.

Tertuduh yang memakai baju-T hitam kemudiannya berkata "tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar...saya tidak setuju."

Pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam, Polis Singapura menerima maklumat mengenai kes tertuduh didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive.



Polis merampas baton itu yang menjadi barang kes.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari bermula 10 Mac. Insiden berlaku di penghujung acara itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-4-2023 02:14 PM
Punya lama baru ada berita pasal kes ni. So macam mana? Polis dah tahu kah VIP tu sape?
Dan pelaku pun mesti dah di janjikan akan di ikat jamin sebabtu gigih bantah itu ini.

Tak pepasal sebab orang lain, laki ko yang kena hempuk ungka oi. Syukur umur masih panjang.

Quote shernazz 4-4-2023 02:19 PM
Amboi2...
Kalau.sini...dah ada dah alasan kena tamggung anak bini cucuncicit bagai
Ibu sakit bapa tenat segalak....
Quote sranua 5-4-2023 08:35 AM
Psiko agaknya laki tu sampai pukul orang..nyaris kamal tak parah..boleh lagi sambut raya dengan isteri cantik.
Quote krustykrab 5-4-2023 08:55 AM
Yg ni mahkamah singapore tak benarkn ikat jamin..yg kat negara kita, jantan sial pukul bini separuh mati blh diikatjamin kluar..
Quote hayrin86 5-4-2023 09:21 AM
krustykrab replied at 5-4-2023 08:55 AM
Yg ni mahkamah singapore tak benarkn ikat jamin..yg kat negara kita, jantan sial pukul bini separuh  ...

Lepas nih pelaku ini berayalah pada 9 Ogos dalam penjara selama-lamanya..

Quote OsHiN_hOnEy 5-4-2023 10:20 AM
kes ni antara yg terpaling fishy sekali
i get it, trauma kena hempuk sampai berdarah 3 inci tu
runs very deep, wondering whats behind it all

ketakutan luar biasa, mcm ada yg disorokkan dari netijen
whose feathers were ruffled? sampai gini sekali kesan pada dorg
Quote kepompong 5-4-2023 10:28 AM
krustykrab replied at 5-4-2023 08:55 AM
Yg ni mahkamah singapore tak benarkn ikat jamin..yg kat negara kita, jantan sial pukul bini separuh  ...

tu lakan .. kat tered org lain tapi tetap teringt kes jahidah., tupasal lelaki jahat malaysia berani sgt sbb undang2 menangkan dorang..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033154 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top