CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emosi Nora Terusik Kisah 'Penyondol'

4-4-2023 12:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6052| Komen: 14|Original author: Tatod


Pelakon Nora Danish mengakui hatinya rapuh setiap kali mendengar kisah pergolakan rumah tangga pasangan suami isteri disebabkan kehadiran orang ketiga.

Pemilik nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif turut sama terikut dengan kesedihan dan berkongsi rasa yang mereka lalui.

Namun, sebagai orang luar, hanya rasa simpati mampu diluahkan selain berdoa semoga ada cahaya buat pasangan yang diuji dengan kemelut rumah tangga.

"Sejujurnya, saya terkejut dan terkesima mendengar berita konflik rumah tangga pasangan selebriti seperti hangat diperkatakan. Saya memang sedih kerana ada antara mereka saya ikuti perkembangan dari zaman bercinta, berkahwin dan mempunyai anak.

"Tetapi, nak komen lebih pun tak boleh kerana saya juga mempunyai rumah tangga yang harus dijaga. Apa yang boleh saya katakan, alam perkahwinan tak selalu indah di pandangan mata, ada masanya berdepan jatuh dan bangun.

"Jadi, kita doakan urusan pasangan suami isteri diuji dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya kepada BH Online.


Mengulas isu 'penyondol' yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga seperti diperdebatkan netizen, pelakon filem Polis EVO 3 itu enggan menyalahkan sesiapa.

"Sebenarnya, saya tak berapa gemar mendengar perkataan 'penyondol'. Rasanya gelaran 'orang ketiga' lebih sesuai.

"Pada pandangan saya, kehadiran orang ketiga juga satu ujian Allah. Tuhan hadirkan golongan ini untuk uji rumah tangga kita.

"Saya ada menonton filem Indonesia berjudul Mendarat Darurat lakonan Reza Rahadian dan Luna Maya. Cerita ini banyak membuka mata saya mengenai pergolakan rumah tangga.

"Naskhah ini menyatakan tak semua 'orang ketiga' bersifat jahat dan kejam. Umpamanya bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, janganlah kita mudah membuat spekulasi kerana setiap apa yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Starvilion Laskar Raya 2023, baru-baru ini.


Mengakui alam perkahwinan penuh warna-warni dan cabaran, Nora mengakui, sesekali terbit juga kebimbangan jika perkara yang sama menimpa rumah tangganya.

"Mestilah ada rasa bimbang. Kadang-kadang bila menonton filem berkaitan konflik rumah tangga membabitkan orang ketiga, saya ada juga mengusik suami supaya tak buat hal yang menyakitkan itu.

"Biasalah, mesti ada perselisihan faham dalam rumah tangga. Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, salah seorang kenalah beralah atau berkorban," kata Nora.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 4-4-2023 12:46 PM
Edited by esbok at 4-4-2023 12:49 PM

tak payah komen lah semua orang pun ,repooter2 ni sakan je buat bahan
Quote ujio 4-4-2023 12:48 PM
Edited by ujio at 4-4-2023 06:05 AM

Ingat nora dipersimpangan dilema td..
Takyah komen, dah dikira masuk kategori....hwhehee
Quote dudaberhias 4-4-2023 12:49 PM
Kenapa? Ada orang nak sondol si pembunuh ke?
Kesian ko nok kalau betul, dah dua kali kena sondol kekdahnya.
Cikki2 memang suka bad boy lagi2 kalau pembunuh macam Jefree Dahmer tu.
Masing2 pakat hulur tengkuk berjemaah macam ayam nak kena sembelih.

Quote QueenIsolde 4-4-2023 12:50 PM
Dia pun sondol jgk kan laki baru sampai bercerai berai bonet ng bk
Quote alesandra 4-4-2023 12:52 PM
dudaberhias replied at 4-4-2023 12:49 PM
Kenapa? Ada orang nak sondol si pembunuh ke?
Kesian ko nok kalau betul, dah dua kali kena sondol kek ...

si pembunuh terus kau kata
Quote msdummy.2018 4-4-2023 12:59 PM
QueenIsolde replied at 4-4-2023 12:50 PM
Dia pun sondol jgk kan laki baru sampai bercerai berai bonet ng bk

So ini kes sondol mengata oenyondol?hahahaha
Quote kotakominami 4-4-2023 01:06 PM
winky1 replied at 4-4-2023 12:48 PM
Nora . .kena kat awak baru awak faham kenapa dipanggil penyondol . Jangan confident sangat. Hati man ...

Sebab dia pernah kena lh dia nasihat mcm ni.....
Kan dulu2    nd- pasha- jejai
Quote dudaberhias 4-4-2023 01:09 PM
alesandra replied at 4-4-2023 12:52 PM
si pembunuh terus kau kata

Iyer kaka, Kesian laki yang kena debik sampai mati tu, pergi restoran nak makan2 je hujung2 di smackdown dek geng2 theyols sampai kojol. Rupa laki si myanmar ni betul2 macam penjenayah.

Quote winky1 4-4-2023 01:59 PM
kotakominami replied at 4-4-2023 01:06 PM
Sebab dia pernah kena lh dia nasihat mcm ni.....
Kan dulu2    nd- pasha- jejai

Tapi kisah depa tu debatable. Anyways tu cerita dah lama. Trend sekarang ni yg menyondol pula having the upper hand.
Quote SherryZass 4-4-2023 02:23 PM
Ingatkan nora yg bini bernombor ittewww. Yelah jagalah jela laki kau tu. Gambar bawah sekali kenapa sheolls kelihatan gundu, salah angle ke?
Quote jambatannetizen 4-4-2023 02:30 PM
dudaberhias replied at 4-4-2023 12:49 PM
Kenapa? Ada orang nak sondol si pembunuh ke?
Kesian ko nok kalau betul, dah dua kali kena sondol kek ...

Weyh laki dia pembunuh kan? Yg kes cina dgn gf tu?
Quote tumpanglalu74 4-4-2023 02:34 PM
Mokcik Nowa tuwe "penyondol senior" yang nyanyi macam tinge pekak sebelah tu..

Quote JahLupa 4-4-2023 09:38 PM
Dia bukan sondol laki dia gak ke.
Quote dudaberhias 4-4-2023 09:42 PM
jambatannetizen replied at 4-4-2023 02:30 PM
Weyh laki dia pembunuh kan? Yg kes cina dgn gf tu?

terang lagi bersuluh kaka kes nya tu... dah la yang bantai sekali tu pun beliau... ni bukan kes letop2 pakai C4 tapi orang taktau siapa penyuruhnya... tapi ni direct terus pelakunya tu.... tup tup case dismissed


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080614 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top